Sabtu, 7 September 2013

Minggu Mesra Pelajar UKM 2013/2014

Assalamualikum..hai :)

Alhamdulilah,dah habis sudah Minggu orientasi aka Minggu Mesra Pelajar UKM 2013/2014..Best sangat walaupun penat sebab x cukup tidor...yg bestnya,mmp ni x dak langsung aktiviti lasak & riadah..senamrobik yg pagi2 dok buat pun mmg x wujud la kat sini..haha..meh nk carita serba sikit perjalanan sepanjang mmp ni(mengikut aktiviti di Kolej Ibrahim Yaakob a.ka. Highlanders).KIY dikenali sbg highlanders sbb kolej ni tempat yg paling tinggi kt ukm,tak ada tempat lain yg lain tinggi dr kiy di ukm ni..hehe.

1/9(hari pertama):
pendaftaran,check-in bilik & benda2 lain yg besa dibuat hari pertama orientasi la..ptg tu lepas zohor baru ada perjumaan dengan fasilitator @ dikenali sbg pemudah cara(PC)..ptg tu belajaq la cheers & ada la taklimat sikit.mlm pun sama jgk.solat mcm biasa la,berjemaah setiap waktu.

2/9(hari kedua):
Bangun pagi pukul 5 pagi sbb 545 dh kena solat subuh berjemaah.pagi tu,ada taklimat kt Dewan Canselor Tun abdul Razak (Dectar)..waktu ni la kena pakai baju formal;tudung putih,baju kurung biru tua & kasut hitam tertutup bg perempuan & baju kemeja lengan panjang,slack hitam & kasut hitam bg lelaki.hari tu,seharian dok kat Dectar. bila petang baru balik kolej.sebelah malam ada aktiviti kt kolej masing2.Students dr ukm kampus cheras & kl pun datang bangi jgk,bermalam kat sini.
sekitar aktiviti di dectar.bawah kanan,makan malam kolej;KIY


3/9(hari ketiga)
Hari ketiga pun taklimat jugak.sepanjang mmp ni mmg masa banyak dengan slot taklimat ja,aktiviti luar x banyak pun,boleh dikatakan x dak la.Hari ketiga ni taklimat dekat fakulti masing2.Kalau pelajar2 FST yg duduk dkt KIY dgn KUO(ungku Omar) jalan kaki ja p fakulti,dekat sangat.Taklimat ni pun sampai petang jugak.malam mcm biasa jgk,aktiviti kolej.

4/9(hari keempat)
Hari ni jalan jauh & banyak sbb ada explorasi kampus.kena bawak banyak2 air sbb mmg haus,tambah pulak waktu panas.tp kena sediakan payung sbb waktu petang selalu hujan lebat.explorasi sampai petang,malam aktiviti kolej.

5/9(hari kelima)
Hari ni aktiviti semua kat dectar.Pagi ada sesi bersama timbalan menteri kewangan,Datuk Ahmad Maslan.Beliau merupakan alumni UKM yg cemerlang.Perkongsian datuk Ahmad Maslan memang berkesan.Bagaimana beliau dari seorang anak kampung yg miskin menjadi pelajar yg cemerlang(pointer tinggi 3.8-4.00 setiap sem)sehingga cemerlang menjadi seorang menteri.kagum dengan kecekalan beliau.
Petang tu ada Majlis kesyukuran & bacaan yassin di Masjid Universiti(berhadapan dgn Dectar).selesai solat,malam tu ada lg taklimat.kali ni dengan menteri kewangan kedua yg jugak menteri mentor ukm,datuk seri Ahamd Husni Hanadzlah.dok UKM ni memang banyak peluang kita nak jumpa menteri2 & vip yg lain.kali ni,sesi lebih santai.dato seri banyak tayangkan video2 motivasi yg buatkan km x mengantuk ..hehe..beliau memberi inspirasi seperti mana datuk Ahamd Maslan,dari seorang anak miskin kepada orang penting untuk tanah air kita.beliau menasihatkan jugak,sebagai pelajar kita kena belajar sungguh demi ABaTa;Agama Bangsa & Tanah Air.Sanagt santai..best..lepas siap taklimat,apa lagi perang dectar la.
Perang dectar ni lawan cheers antara kolej.kolej mana yg paling tahan lama kat dalam dectar tu,kira menang.selalu kolej yang ramai students ada advantage la.macam KIY,x ramai,jd selalunya KIY bergabung dengan KRK(rahim Kajai) sbb KRK pun x ramai sgt.Selalu semua kolej akan hentam KPZ (Pendeta Zaaba).tp malam tu x boleh sangat sebab pc pusat nk buat persiapan untuk pertandingan debat & pidato esok.x boleh nak perang puas2.

6/9(hari keenam)
Yeayy,hari last.haha,hari last pun kat dectar jugak.ada pertandingan debat & pidato akhir sampai tengahari.Habis semua tu,perang dectar lagi..haha..Kali ni paling best.bayangkan 11 kolej bergabung hentam zaaba.KPZ ni ramai jd nk kalhkan depa,kena bergabung.x sangka semua kolej spontan bergabung mcm tu.Antara yg aktif menghentam ialah KIY,KKM(keris Mas),KBH(Burhanudin Helmi),KUO,KRK,KAB(Aminudin Baki),KDO(dato Onn)dah la,KPZ dok kat tengah dewan.Habis semua tepi,kiri kanan atas hentam depa.haha.At last,KIY dengan kawan baik KRK yg paling last keluar.mmg semua puas la.Arahan PC pusat suruh keluar dectar pun diabaikan sbb semangat kekolejan yg tinggi.cayalah Highlanders.petang tu,semua balik kolej masing2 untuk buat persiapan makan malam.semua persiapan dibuat oleh student sendiri,pc hanya memantau.tujuannya untuk melatih pelajar membuat aktiviti.Malam tu,Dinner !! memang meriah & santai...

Sebnarnya,aktiviti kolej yang tiap2 malam tu pun taklimat jugak dari pelbagai pihak.hehe,mmp ukm mmg bayak taklimat sampai tak sempat nk beriadah.Sbb tu jangan lupa bawak banyak air.Taklimat kat dectar & fakulti mmg kena pakai formal.sbb tu kena bawak 3-4 pasang baju kurung jugak sbb konfem x semat nk basuh.oh,1 lg 1 bilik 2 org.bilik air kat luar,ada mesin basuh.tp x dak lif.mmg lain la dr uitm puncak alam.kalau dr segi penginapan,palam la menang.hehe

Apapun,mmp ukm (terutamanya kat KIY & waktu perang Dectar) mmg best,x kan dilupakan.1 lg,jgn lupa bawak banyak salinan fotostat & gambar sebab banyak yg mintak nanti.gambar tu bawak la lebih 10 keping,fotostat tu bawak la 4,5 set.Pakaian untuk kuliah nanti bebas(baju kurung/blouse & seluar) asalkan sopan & menutup aurat.Kenderaan kalau sem 1 hanya dibenarkan bawak motor ja.sem lain,bawak kereta pun boleh.basikal digalakkan.

Salam Highlanders
#SayastudentsUKM
#UKM pride

Tiada ulasan: