Ahad, 14 Julai 2013

UPU : perjalanan ke alam degree

Assalamualaikum...
Alhamdulilah..baru2 ni keputusan tawaran kemasukan ke IPTA bg program ijazah dh pun diumumkan...tahniah kepasa semua yg berjaya...kepada yang tak berjaya,jgn putus asa,peluang masih ada,buat lah rayuan ...InshaAllah,kalau ada rezeki,x ke mana...kalau x dapat jugak,masih ada peluang nk belajar..iaitu di universiti swasta...

antara IPTA di Malaysia.Sumber :afterschool.my
Tahukah anda :

"Female candidates made up 68.02% or 28,280 of 41,573 candidates who gained admission to IPTAs for first degree in 2013/2014 academic session"

"41,573 calon daripada 68,702 berjaya mendapat tempat di untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014.-JPT"

"Calon gagal dapat tawaran ke IPTA ijazah pertama sesi 2013/2014 boleh kemuka rayuan di mulai hari ini hingga 21 Julai"

*sumber : tweet daripada twitter 1 Malaysia

Kepada sesiapa yg berjaya ditawarkan tempat di IPTA,kita mmg harus bersyukur memandangkan 1/3 drpd calon yg memohon gagal mendapat tawaran...mungkin bukan semua daripada kita menerima tawaran seperti mana yang kita pohon,tetapi sekurang-kurangnya kita berjaya mendapat tempat..itu pun dah besar rahmat kan...

Begitu juga saya...Alhamdulilah,saya berjaya ditawarkan belajar di UKM dalam bidang sains oleokimia..sains oleokimia ni ditempatkan di bawah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan...
Kursus yang ditawarkan ni bukanlah kursus yang saya pohon..pada mulanya mmg terkejut mendapat tawaran dr UKM apatah lagi dgn status UKM iaitu sebuah universiti penyelidikan (RU)..saya memang berharap sangat akan ditawarkan di Universiti yang saya ditempatkan setahun yang lalu utk mengikuti program asasi,iaitu di UiTM Puncak Alam..tapi,apakan daya,kita hanya mampu merancang,Allah yang menentukan...

Memang sedih bila memikirkan selepas ini saya tidak lagi akan bergelar pelajar UiTM...sebenarnya saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada warga UiTM....Tapi,di sebalik semua impian ini..saya percaya dengan takdir yang menentukan saya akan menjadi warga UKM pula...mesti ada hikmah di sebalik tawaran yang saya terima ini..InshaAllah,saya akan terimanya dengan reda & hati yg terbuka..



akan merindui UiTM Puncak Alam..UiTM,tetap di hatiku
Kepada semua rakan2 yg terpilih utk menjadi warga UiTM,sekalung tahniah diucapkan..teruskan legasi yang diimpikan oleh ayahnda Naib Canselor kita utk mengubah Destini Anak Bangsa...Berbanggalah menjadi sebahagian daripada keluarga besar UiTM..kat Malaysia ni,x ada keluarga Universiti yg sebesar UiTM tau...Jangan malu nak mengaku anda adalah pelajar UiTM.Jadikan Pelajar UiTM sebagai pelajar yang dikagumi di Malaysia malah  juga di dunia...

Harapan saya hanya satu : semoga Darah ungu UiTM yang mengalir  dalam diri saya akan terus pekat walaupun saya akan menimba ilmu di tempat lain..Impian saya suatu hari nanti,semoga saya dapat kembali semula ke tempat yang menjadi survival & benteng terakhir org melayu ini bagi menyumbang bakti kepada anak bangsa (atau mungkin menyambung master & PHd di sana,InshaAllah)...kalau boleh nk jd mcm che mat,study dkt ukm & UiTM,kemudian jadi pensyarah kt Puncak Alam..



Kepada UKM..please be nice to me ..(sebab banyak2 subjek sains,kimia lah subjek yang paling saya lemah..tp ditakdirkan utk belajar kimia jgk,saya harap saya berjaya menempuhinya,InshaAllah)
*teringat kata2 cg Azlina,dulu dia x minat sangat fizik,skrg dh jd cg fizik dh..saya pun lebih kurang mcm dia la..heee

Apapun,goodluck utk menempuh alam yg baru ni..prepare physical & mental okay..InshaAllah,kita boleh !!

Doa restu ayah bondaku untukmu semua ...........

Wallahulam :)



Rabu, 3 Julai 2013

Peraduan nama siapa hebat? proton

Salam..

pada 25 jun lepas,satu pertandingan menamakan kereta kompak Proton yang baru telah bermula.peraduan Berlansung sehingga 25 julai 2013.


sesiapa sahaja boleh menyertainya dengan syarat dia mestilah warganegara Malaysia berumur 12 tahun ke atas..Menarik kan?
Cubalah sertai pertandingan ni.mana tau.rezeki kita nak menang kan.Kalau dh menang,nama yg kita cadangkan tu akan menjadi nama kereta kompak terbaru proton.bangga ooo..hehe..

Untuk maklumat lanjut,layari laman web di bawah ni :

http://namasiapahebat.proton.com/

Ada 2 cara nak menghantar cadangan nama; 1 melalui pos dan 1 lagi melalui E-form
Melalui pos,kita hanya perlu membeli setem berharga 60 sen,tiada kos penghantaran.

E-Form



borang pos





Semua borang boleh didapati di laman web seperti yang dipaparkan di atas.

Selamat Mencuba =>