Sabtu, 2 Februari 2013

Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA

Salam ...
dah lama x post sesuatu kan..

Untuk makluman semua :

Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, SKM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka.
Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf - September 2013


http://upu.mohe.gov.my/upu.php

untuk fasa 1,pemohonan boleh dibuat bermula 7 januari hingga 14 April 2013 

Fasa II pula  akan dibuka mulai 03 hingga 09 Jun 2013  ...
Jadi,kena selalu alert la dgn perkembangan semasa ya...

UPU bagi pemohonan ke Ijazah Sarjana Muda boleh dibuat sebanyak 12 pilihan,4 dari RU (Research University iaitu (UM, UKM, UPM & UTM) dan 8 pilihan selain RU (contoh UiTM,UIAM,UMP,UMS,UniMAS,dll) 


Untuk pemohonan Ke USM,anda diminta untuk memohonnya sendiri di laman web https://pohon.usm.my/ dengan membeli no pin USM sendiri (perdana)


Untuk lepasan SPM,anda diminta untuk mengisi upu bagi memohon pengajian di peringkat asasi atau diploma ( 8 pilihan kesemuanya).pilihlah sebaik mungkin ya..
Anda juga boleh memohon kemasukan ke Matrikulasi di laman web berasingan .permohonan telah dibuka sejak 1 Julai 2012 & boleh membuat kemaskini boleh dibuat bermula 4 februari hingga 18 februari ini di laman web http://www.moe.gov.my/
Keputusan ke program matrikulasi boleh diketahui 5 minggu selepas keputusan SPM keluar..

sedikit info tambahan :)

Kepada mereka yang memohon Asasi UiTM,anda akan memulakan pengajian pada awal bulan Jun,kemungkinan 2 Jun 2013 dan kuliah bermula pada 10 Jun 2013.maknanya,seminggu untuk orientasi atau di UiTM lebih dikenali sebagai MDS ( minggu Destini Siswa)

Akhir kata,selamat maju jaya
buatlah pilihan sebaik mungkin mengikut kemampuan diri..jangan hanya mengejar populariti sesebuah Universiti..ukur baju di badan sendiri ya..a.k.a pilihlah pilihan pengajian sebaik mungkin demi memastikan potensi untuk cemerlang lebih luas ..

Terima kasih

Wasalm

^_^