Ahad, 15 September 2013

Selamat Hari Malaysia... #Malaysia50

Assalamualaikum....

yeay,esok cuti !!! direct 4 hari,bestnya..tahu tak esok cuti sempena apa? ramai anak2 muda skrg ni mmg excited nk cuti,tp bila ditanya cuti sempena apa,lidah mereka kelu,tak tahu cuti sempena apa..esok cuti sempena Hari Malaysia iaitu 16 september.. Alhamdulilah,dah 50 tahun Malaysia ditubuhkan..Malaysia ditubuhkan pada 16 september 2013..Malaysia adalah hasil gabungan semenanjung tanah melayu,sabah & sarawak..disebabkan gabungan inilah,malaysia menjadi sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai bangsa & etnik di dalamnya.mana ada negara lain di dunia yang mempunyai pelbagai jenis bangsa kan..sepanjang 50 tahun ni,banyak kemajuan telah berlaku...Tengok sajalah tempat tinggal kita,memang selesa & dikelilingi dengan pelbagai kemudahan.Sekali lagi Alhamdulilah..

Jadi sebagai anak muda pewaris tanah air,sediakan selengkap mungkin diri ini untuk menempuh masa hadapan.lengkapkan diri dari segi mental,fizikal,emosi,rohani,jasmani & spritual.pendek kata,dari segenap aspek diri..inshaAllah,kita akan menjadi pemimpin yang hebat ! Yang penting,lengkapkan ilmu di dada dengan sebnayak & semampu mungkin sebab ilmu tu yang menjamin kehidupan kita,bukan harta..



selamat hari malaysia,tanah airku
Alhamdulilah,antara panaroma indah di Malaysia,hasil keamanan & perpaduan hampir 60 tahun



Sekali lagi,
selamat hari Malaysia yang ke-50
Malaysiaku berdaulat tanah tumpahnya darahku.

#SayangMalaysia
#syukur


Sabtu, 7 September 2013

Minggu Mesra Pelajar UKM 2013/2014

Assalamualikum..hai :)

Alhamdulilah,dah habis sudah Minggu orientasi aka Minggu Mesra Pelajar UKM 2013/2014..Best sangat walaupun penat sebab x cukup tidor...yg bestnya,mmp ni x dak langsung aktiviti lasak & riadah..senamrobik yg pagi2 dok buat pun mmg x wujud la kat sini..haha..meh nk carita serba sikit perjalanan sepanjang mmp ni(mengikut aktiviti di Kolej Ibrahim Yaakob a.ka. Highlanders).KIY dikenali sbg highlanders sbb kolej ni tempat yg paling tinggi kt ukm,tak ada tempat lain yg lain tinggi dr kiy di ukm ni..hehe.

1/9(hari pertama):
pendaftaran,check-in bilik & benda2 lain yg besa dibuat hari pertama orientasi la..ptg tu lepas zohor baru ada perjumaan dengan fasilitator @ dikenali sbg pemudah cara(PC)..ptg tu belajaq la cheers & ada la taklimat sikit.mlm pun sama jgk.solat mcm biasa la,berjemaah setiap waktu.

2/9(hari kedua):
Bangun pagi pukul 5 pagi sbb 545 dh kena solat subuh berjemaah.pagi tu,ada taklimat kt Dewan Canselor Tun abdul Razak (Dectar)..waktu ni la kena pakai baju formal;tudung putih,baju kurung biru tua & kasut hitam tertutup bg perempuan & baju kemeja lengan panjang,slack hitam & kasut hitam bg lelaki.hari tu,seharian dok kat Dectar. bila petang baru balik kolej.sebelah malam ada aktiviti kt kolej masing2.Students dr ukm kampus cheras & kl pun datang bangi jgk,bermalam kat sini.
sekitar aktiviti di dectar.bawah kanan,makan malam kolej;KIY


3/9(hari ketiga)
Hari ketiga pun taklimat jugak.sepanjang mmp ni mmg masa banyak dengan slot taklimat ja,aktiviti luar x banyak pun,boleh dikatakan x dak la.Hari ketiga ni taklimat dekat fakulti masing2.Kalau pelajar2 FST yg duduk dkt KIY dgn KUO(ungku Omar) jalan kaki ja p fakulti,dekat sangat.Taklimat ni pun sampai petang jugak.malam mcm biasa jgk,aktiviti kolej.

4/9(hari keempat)
Hari ni jalan jauh & banyak sbb ada explorasi kampus.kena bawak banyak2 air sbb mmg haus,tambah pulak waktu panas.tp kena sediakan payung sbb waktu petang selalu hujan lebat.explorasi sampai petang,malam aktiviti kolej.

5/9(hari kelima)
Hari ni aktiviti semua kat dectar.Pagi ada sesi bersama timbalan menteri kewangan,Datuk Ahmad Maslan.Beliau merupakan alumni UKM yg cemerlang.Perkongsian datuk Ahmad Maslan memang berkesan.Bagaimana beliau dari seorang anak kampung yg miskin menjadi pelajar yg cemerlang(pointer tinggi 3.8-4.00 setiap sem)sehingga cemerlang menjadi seorang menteri.kagum dengan kecekalan beliau.
Petang tu ada Majlis kesyukuran & bacaan yassin di Masjid Universiti(berhadapan dgn Dectar).selesai solat,malam tu ada lg taklimat.kali ni dengan menteri kewangan kedua yg jugak menteri mentor ukm,datuk seri Ahamd Husni Hanadzlah.dok UKM ni memang banyak peluang kita nak jumpa menteri2 & vip yg lain.kali ni,sesi lebih santai.dato seri banyak tayangkan video2 motivasi yg buatkan km x mengantuk ..hehe..beliau memberi inspirasi seperti mana datuk Ahamd Maslan,dari seorang anak miskin kepada orang penting untuk tanah air kita.beliau menasihatkan jugak,sebagai pelajar kita kena belajar sungguh demi ABaTa;Agama Bangsa & Tanah Air.Sanagt santai..best..lepas siap taklimat,apa lagi perang dectar la.
Perang dectar ni lawan cheers antara kolej.kolej mana yg paling tahan lama kat dalam dectar tu,kira menang.selalu kolej yang ramai students ada advantage la.macam KIY,x ramai,jd selalunya KIY bergabung dengan KRK(rahim Kajai) sbb KRK pun x ramai sgt.Selalu semua kolej akan hentam KPZ (Pendeta Zaaba).tp malam tu x boleh sangat sebab pc pusat nk buat persiapan untuk pertandingan debat & pidato esok.x boleh nak perang puas2.

6/9(hari keenam)
Yeayy,hari last.haha,hari last pun kat dectar jugak.ada pertandingan debat & pidato akhir sampai tengahari.Habis semua tu,perang dectar lagi..haha..Kali ni paling best.bayangkan 11 kolej bergabung hentam zaaba.KPZ ni ramai jd nk kalhkan depa,kena bergabung.x sangka semua kolej spontan bergabung mcm tu.Antara yg aktif menghentam ialah KIY,KKM(keris Mas),KBH(Burhanudin Helmi),KUO,KRK,KAB(Aminudin Baki),KDO(dato Onn)dah la,KPZ dok kat tengah dewan.Habis semua tepi,kiri kanan atas hentam depa.haha.At last,KIY dengan kawan baik KRK yg paling last keluar.mmg semua puas la.Arahan PC pusat suruh keluar dectar pun diabaikan sbb semangat kekolejan yg tinggi.cayalah Highlanders.petang tu,semua balik kolej masing2 untuk buat persiapan makan malam.semua persiapan dibuat oleh student sendiri,pc hanya memantau.tujuannya untuk melatih pelajar membuat aktiviti.Malam tu,Dinner !! memang meriah & santai...

Sebnarnya,aktiviti kolej yang tiap2 malam tu pun taklimat jugak dari pelbagai pihak.hehe,mmp ukm mmg bayak taklimat sampai tak sempat nk beriadah.Sbb tu jangan lupa bawak banyak air.Taklimat kat dectar & fakulti mmg kena pakai formal.sbb tu kena bawak 3-4 pasang baju kurung jugak sbb konfem x semat nk basuh.oh,1 lg 1 bilik 2 org.bilik air kat luar,ada mesin basuh.tp x dak lif.mmg lain la dr uitm puncak alam.kalau dr segi penginapan,palam la menang.hehe

Apapun,mmp ukm (terutamanya kat KIY & waktu perang Dectar) mmg best,x kan dilupakan.1 lg,jgn lupa bawak banyak salinan fotostat & gambar sebab banyak yg mintak nanti.gambar tu bawak la lebih 10 keping,fotostat tu bawak la 4,5 set.Pakaian untuk kuliah nanti bebas(baju kurung/blouse & seluar) asalkan sopan & menutup aurat.Kenderaan kalau sem 1 hanya dibenarkan bawak motor ja.sem lain,bawak kereta pun boleh.basikal digalakkan.

Salam Highlanders
#SayastudentsUKM
#UKM pride

Rabu, 21 Ogos 2013

#merdeka 56 & Selangkah ke alam degree

Salam Kemerdekaan

lebih kurang 10 hari lagi,sambutan kemerdekaan ke 56 akan diadakan..tahun ni bertemakan MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU ...

Alhamdulilah,negara kita masih lagi aman walaupun kebelakangan ni banyak terjadi kes tembak-menembak..Apa yg boleh kita buat,hanya berdoa agar tiada lagi kejadian tembak-menembak ni...semoga pihak PDRM dapat menangani masalah ini dengan sebaiknya.InshaAllah,polis kita antara yg terbaik di dunia.Untuk pahlawan2 negara,terima kasih diucapkan kerana sanggup bergadai nyawa melindungi negara kita yg tercinta ini---> jasa anda amat besar,semoga Allah membalasnya,inshaAllah.

Jangan lupakan kibarkan jalur gemilang.Kalau x kibarkan kat kereta @ Rumah,kibarkan dekat Cover FB anda,Cover twitter @ mana2 media social..Jangan malu untuk postkan,bangga sebab anda patriotik & cintakan negara

Grateful to be A Malayisan
sources : Google images
Sehari selepas sambutan hari kemerdekaan yang jatuh pada hari sabtu depan.1 september merupakan hari yang sibuk jugak...hari pendaftaran pelajar baru untuk program ijazah di seluruh IPTA/IPTS....

Sebelum mendaftar masuk..ada checklist benda2 yg perlu dibuat.cuba la check :


  • Borang-borang penting (surat tawaran,fail pelajar,laporan medical check-up dgn x-ray film,salinan dokumen2-ic,salinan bayaran yuran dll ) Semua ni  wajib ada bagi mengelakkan kesulitan.
  • Barang2 peribadi ( Toiletries,Hanger,baldi,bakul baju ,Baju yg cukup utk Minggu Orientasi-sebab minggu ni x kan sempat basuh baju,aktiviti pack sangat....)
  • Makanan & minuman ( untuk dalam bilik macam air kosong,3 in 1, biskut,maggi dll yg sesuai disimpan utk masa yg lama )
  • Jangan lupa bawak laptop ( WAJIB) printer x perlu sangat sbb ada kedai print nnt,tp  kalau malas,bawak la sekali,nnt boleh buat business print..heheh
  • Bantal,cadar,selimut,telekung,kasut dll yg rasa perlu.
  • Jangan lupa buat bayaran yuran kemasukan universiti masing2.seelok-eloknya buat sebelum masuk U ,senang x payah nak kalut2 nanti.guna la Wang Pendahuluan Pelajar yg RM 1500 tu, x la bebankan parents nak keluarkan duit sangat kan.
Sediakan semua benda secukupnya
Dari segi pemakaian untuk ke kuliah,rasanya lebih kurang ja kat mana2 U ni..Pakai la apa pun asalkan sopan & menutup aurat.Kasut hanya perlu tertutup kalau nak masuk lab.cuma untuk certain2 Fakulti (macam Fakulti pendidikan & Law) kena pakai formal rasanya,macam baju kurung,kasut tertutup,etc...

Waktu minggu orientasi,jangan lupa bawak air kosong banyak2 sebab aktiviti mmg padat,cepat dahaga.jangan lupa bawak pakaian & kasut formal  utk acara perasmian...aktiviti lain selalunya pakai t-shir,track suit & Kasut sukan.

All the best preparing all your stuff before entering the new phase of study.. Physically & mentally prepare yourself because this is a new thing for you..Good luck ^_^

HAPPY 56TH INDEPENDENCE DAY,MALAYSIA..

Ahad, 14 Julai 2013

UPU : perjalanan ke alam degree

Assalamualaikum...
Alhamdulilah..baru2 ni keputusan tawaran kemasukan ke IPTA bg program ijazah dh pun diumumkan...tahniah kepasa semua yg berjaya...kepada yang tak berjaya,jgn putus asa,peluang masih ada,buat lah rayuan ...InshaAllah,kalau ada rezeki,x ke mana...kalau x dapat jugak,masih ada peluang nk belajar..iaitu di universiti swasta...

antara IPTA di Malaysia.Sumber :afterschool.my
Tahukah anda :

"Female candidates made up 68.02% or 28,280 of 41,573 candidates who gained admission to IPTAs for first degree in 2013/2014 academic session"

"41,573 calon daripada 68,702 berjaya mendapat tempat di untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014.-JPT"

"Calon gagal dapat tawaran ke IPTA ijazah pertama sesi 2013/2014 boleh kemuka rayuan di mulai hari ini hingga 21 Julai"

*sumber : tweet daripada twitter 1 Malaysia

Kepada sesiapa yg berjaya ditawarkan tempat di IPTA,kita mmg harus bersyukur memandangkan 1/3 drpd calon yg memohon gagal mendapat tawaran...mungkin bukan semua daripada kita menerima tawaran seperti mana yang kita pohon,tetapi sekurang-kurangnya kita berjaya mendapat tempat..itu pun dah besar rahmat kan...

Begitu juga saya...Alhamdulilah,saya berjaya ditawarkan belajar di UKM dalam bidang sains oleokimia..sains oleokimia ni ditempatkan di bawah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan...
Kursus yang ditawarkan ni bukanlah kursus yang saya pohon..pada mulanya mmg terkejut mendapat tawaran dr UKM apatah lagi dgn status UKM iaitu sebuah universiti penyelidikan (RU)..saya memang berharap sangat akan ditawarkan di Universiti yang saya ditempatkan setahun yang lalu utk mengikuti program asasi,iaitu di UiTM Puncak Alam..tapi,apakan daya,kita hanya mampu merancang,Allah yang menentukan...

Memang sedih bila memikirkan selepas ini saya tidak lagi akan bergelar pelajar UiTM...sebenarnya saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada warga UiTM....Tapi,di sebalik semua impian ini..saya percaya dengan takdir yang menentukan saya akan menjadi warga UKM pula...mesti ada hikmah di sebalik tawaran yang saya terima ini..InshaAllah,saya akan terimanya dengan reda & hati yg terbuka..



akan merindui UiTM Puncak Alam..UiTM,tetap di hatiku
Kepada semua rakan2 yg terpilih utk menjadi warga UiTM,sekalung tahniah diucapkan..teruskan legasi yang diimpikan oleh ayahnda Naib Canselor kita utk mengubah Destini Anak Bangsa...Berbanggalah menjadi sebahagian daripada keluarga besar UiTM..kat Malaysia ni,x ada keluarga Universiti yg sebesar UiTM tau...Jangan malu nak mengaku anda adalah pelajar UiTM.Jadikan Pelajar UiTM sebagai pelajar yang dikagumi di Malaysia malah  juga di dunia...

Harapan saya hanya satu : semoga Darah ungu UiTM yang mengalir  dalam diri saya akan terus pekat walaupun saya akan menimba ilmu di tempat lain..Impian saya suatu hari nanti,semoga saya dapat kembali semula ke tempat yang menjadi survival & benteng terakhir org melayu ini bagi menyumbang bakti kepada anak bangsa (atau mungkin menyambung master & PHd di sana,InshaAllah)...kalau boleh nk jd mcm che mat,study dkt ukm & UiTM,kemudian jadi pensyarah kt Puncak Alam..



Kepada UKM..please be nice to me ..(sebab banyak2 subjek sains,kimia lah subjek yang paling saya lemah..tp ditakdirkan utk belajar kimia jgk,saya harap saya berjaya menempuhinya,InshaAllah)
*teringat kata2 cg Azlina,dulu dia x minat sangat fizik,skrg dh jd cg fizik dh..saya pun lebih kurang mcm dia la..heee

Apapun,goodluck utk menempuh alam yg baru ni..prepare physical & mental okay..InshaAllah,kita boleh !!

Doa restu ayah bondaku untukmu semua ...........

Wallahulam :)



Rabu, 3 Julai 2013

Peraduan nama siapa hebat? proton

Salam..

pada 25 jun lepas,satu pertandingan menamakan kereta kompak Proton yang baru telah bermula.peraduan Berlansung sehingga 25 julai 2013.


sesiapa sahaja boleh menyertainya dengan syarat dia mestilah warganegara Malaysia berumur 12 tahun ke atas..Menarik kan?
Cubalah sertai pertandingan ni.mana tau.rezeki kita nak menang kan.Kalau dh menang,nama yg kita cadangkan tu akan menjadi nama kereta kompak terbaru proton.bangga ooo..hehe..

Untuk maklumat lanjut,layari laman web di bawah ni :

http://namasiapahebat.proton.com/

Ada 2 cara nak menghantar cadangan nama; 1 melalui pos dan 1 lagi melalui E-form
Melalui pos,kita hanya perlu membeli setem berharga 60 sen,tiada kos penghantaran.

E-Form



borang pos





Semua borang boleh didapati di laman web seperti yang dipaparkan di atas.

Selamat Mencuba =>

Isnin, 27 Mei 2013

Minggu Destini Siswa & Asasi UiTM Puncak Alam

Salam...hujung minggu ni adik2 akan daftar sbg pelajar di UiTM puncak Alam sbg pelajar diploma @ asasi..kpd sapa2 yg dpt asasi,ni ada serba sikit pasal UiTM Puncak Alam atau ringkasnya Palam...Pelajar diploma & Asasi akan mendaftar serentak..tapi Segala aktiviti sepanjang Minggu Orientasi @ Minggu Destini Siswa(MDS) akan diadakan berasingan...Pelajar Diploma akan  mengikuti MDS di UiTM Puncak Perdana ( dekat je dengan UiTM Puncak Alam,dalam 10 minit perjalanan)...

Pelajar Asasi pulak akan ada 2 kumpulan atau disebuat sbg wave..Wave 1 daftar sehari lebih awal dr wave 2 & aktiviti dilakukan mengikut wave..kiranya wave 1 akan berada satu tempat,wave 2 akan ada kat 1 tempat yg lain....Fasilitator terdiri drpd akak2 & abg2 degree dan ex-asasi thn sebelumnya...

okay,sapa2 yg nak tau lebih lanjut apa yg perlu dibawa & dibuat sepanjang MDS ni,cuba la baca blog ni : http://crybabyandmilo.blogspot.com/2013/05/minggu-destini-siswa-uitm-puncak-alam.html

di UiTM P.Alam,ada 2 asasi : Asasi Sains & Asasi Kejuruteraan..tp majoriti students Asasi Sains..
kat luar UiTM ,ada MCD..boleh la sekali sekala keluar lepak kat situ kalau bosan makan kt kafe


untuk dapatkan gambaran mengenai UiTM Puncak Alam,cuba la tengok gambar2 di bawah ya.. :)

Fakulti @ Palam..cantik..

view dari tangga palam :)

suasana waktu MDS

laluan pelajar.....kat sini,selalu ada jualan baju tau...

kolam basah..tempat paling sesuai utk release tension

view dr kolam basah

buku utk sem 1 & 2..satu sem ada 6 subjek wajib..

lab..hujung sem kena present report tau..

suasana senja di Palam..cantik kan..kalau hujan waktu malam,mmg sejuk sgt


overview palam dr udara..
ni la kolej kediaman..1 rumah ada 8 penghuni & 1 bilik ada 2 org..
kiranya kita akan dpt housemate & roomate...
palam waktu malam...kalau tgk dr jauh..mmg cantik

ada yg panggil tangga maut,ada panggil mini batu caves..
haha..kalau x larat nak panjat tangga,Rapid KL ada :)




 setiap hari selasa,ada pasar malam dkt fakulti..tp kalau nk keluar pasar malam bandar p.alam pun boleh..setiap rabu & sabtu..ambik Bas Rapid KL T800..rm 1 ja satu perjalanan...best pi pasar malam..makanan sedap & banyak..pasar malam start lepas asar..tp kena pi awal la,bas rapid KL paling last hantar budak kt UiTM pkul 7..kalau terlepas bas tu..kena tunggu pagi esok ja la atau tumpang orang..hehe..

sebenarnya,aktiviti kolej banyak diadakan sepanjang semester..pastikan anda libatkan diri untuk dapatkan kupon aktiviti..kupon ni wajib kita kumpul 8 keping utk 2 semester..kupon ni utk10% markah kokurikulum kita..


pada hujung semester 2 pulak,akan ada Grand Dinner Asasi di Shah Alam Convention Centre...tapi yg ni x diwajibkan join..tempat terhad ja...

Apa-pun,1 saja nasihat..jangan culture shock tau..kat sini,kita jauh dr parents..x ada sapa yg nk kontrol kita..kita bebas nak keluar & buat apa2 pun...Jadi,pandai2 la jaga diri..bijak2 la bahagi masa..jgn obses nk online ja tau...takut terbabas pulak..pastikan lulus setiap kali final exam..kalau fail,kena repeat..kalau repeat tp fail,kita kena dismiss..x pasal2 kena masuk diploma..dh rugi 1-2 sem dr org lain...

Ingat..masuk Asasi nak belajar,bukan nak bersuka ria,cari pasangan @ buat benda yg x patut..
Ikut la peraturan & arahan pihak UiTM..InshaAllah,anda tak rugi2 apa...ALL THE BEST TO ALL ASASIAN-TO-BE...PREPARE UR PHYSICAL & MENTAL PERFECTLY..INSHAALLAH,UR DREAM TO BE A DOCTOR,ENGINEER OR DENTIST WILL BE ACHIEVED...

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum....



hari ni 16 mei..bermakna hari ni adalah hari guru...SELAMAT HARI GURU cikgu-cikgu semua ^_^
tahun ni,sambutan hari guru bertemakan GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI,1 AGENDA...
sememangnya,jasa & pengorbanan cikgu2 kepada kita amat besar..

rindu pulak nak sambut hari guru ni..maklumlah dah habis sekolah ni,tak boleh la nak rasa kemeriahan sambutan hari guru ni kan....

TERIMA KASIH CIKGU kerana  mendidik,mengajar kami semua sehingga kami mampu berdikari sendiri...jasa dan pengorbanan cikgu2 sejak dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah hingga ke universiti tak mampu kami bayar dengan wang ringgit..

Halalkan tunjuk ajar cikgu kepada kami...Maafkan kami jika perbuatan kami pernah menyinggung cikgu2 semua...

UCAPAN SELAMAT HARI GURU ditujukan kepada semua cikgu2 di Malaysia terutamanya cikgu2 SMK Sultanah Bahiyah & cikgu2 3k1 2009 SMKSB...sayang cikgu!!!!


Selasa, 16 April 2013

memilih bidang yang sesuai -----> pesanan utk lepasan SPM

Assalamualaikum...
dah lama sangat x post something kt blog ni kan..

Alhamdulilah,kali ni baru la berkesempatan nak update blog..maklumlah dah habis sem ni,banyak la masa nak buat macam2 kan..


macam2 bidang ditawarkan,pilih yang terbaik XD

lepas ni,semua akan sambung belajar...
bagi lepasan SPM,mesti ada yg pening nak pilih apa lepas ni -----> sama ada asasi,tingkatan 6,matrikulasi mahupun diploma...sebenarnya,apa2 pun yg kita nk pilih,fikirkan dulu keupayaan kita sendiri...
Maksudnya?? sebelum nak maksud mana2 pengajian,fikir dulu kemampuan kita..katakan anda nak masuk asasi@matrikulasi@diploma sains@ting.6 aliran sains,pastikan kita mempunyai asas sains yg kukuh supaya kita tak la terkial-kial nanti..

Sebenarnya,apa yg kita belajar kat asasi/matrikulasi/ting.6 ni kebanyakkannya sama sahaja dengan silibus spm,tapi lebih mendalam...contohnya matematik,kita masih lagi belajar integration tp silibus yg lebih tinggi;kita belajar application of integration dll..jadi,asas integration kita perlu betul2 kukuh supaya kita tak ada masalah nak belajar lepas ni...macam tu jgk dgn subjek2 lain;bio,kimia,fizik.....

Diploma pun sebenarnya sangat bagus walaupun tempoh pengajian lebih lama dr form 6/matrik/asasi..Kepada sesiapa yg dah ada hala tuju,mungkin dia boleh pilih diploma dalam bidang yang dia minat..contohnya,kalau dia minat nak jadi pharmacist,dia boleh ambil dip.farmasi....Sebenarnya,andaian kebanyakkan orang yang mengatakan diploma ni untuk orang2 yang kurang elok result SPM nya adalah SALAH sama sekali,sebabnya,ada jgk golongan straight's A yang ambil diploma...

Kalau nak belajar ASASI @ matrikulasi,pastikan anda kuatkan fizikal dan mental...mungkin ada antara kita yang tak pernah tinggal di asrama,tapi bila dah dpt asasi,kita diwajibkan tinggal di asrama walaupun U di dpn rmh ja...ini adalah cabaran baru utk sapa2 yg x pernah berjauhan dgn famili..mungkin ada yg homesick..

Apapun bidang yang anda nak pilih,buat lah keputusan sebaik2 mungkin...
kalau sesiapa yg dpt byk tawaran,buatlah istikharah,mohon petunjuk dr Allah mana yg terbaik utk kita...
ingat,ni adalah permulaan hidup anda :D

ALL THE BEST

Sabtu, 2 Februari 2013

Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA

Salam ...
dah lama x post sesuatu kan..

Untuk makluman semua :

Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, SKM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka.
Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf - September 2013


http://upu.mohe.gov.my/upu.php

untuk fasa 1,pemohonan boleh dibuat bermula 7 januari hingga 14 April 2013 

Fasa II pula  akan dibuka mulai 03 hingga 09 Jun 2013  ...
Jadi,kena selalu alert la dgn perkembangan semasa ya...

UPU bagi pemohonan ke Ijazah Sarjana Muda boleh dibuat sebanyak 12 pilihan,4 dari RU (Research University iaitu (UM, UKM, UPM & UTM) dan 8 pilihan selain RU (contoh UiTM,UIAM,UMP,UMS,UniMAS,dll) 


Untuk pemohonan Ke USM,anda diminta untuk memohonnya sendiri di laman web https://pohon.usm.my/ dengan membeli no pin USM sendiri (perdana)


Untuk lepasan SPM,anda diminta untuk mengisi upu bagi memohon pengajian di peringkat asasi atau diploma ( 8 pilihan kesemuanya).pilihlah sebaik mungkin ya..
Anda juga boleh memohon kemasukan ke Matrikulasi di laman web berasingan .permohonan telah dibuka sejak 1 Julai 2012 & boleh membuat kemaskini boleh dibuat bermula 4 februari hingga 18 februari ini di laman web http://www.moe.gov.my/
Keputusan ke program matrikulasi boleh diketahui 5 minggu selepas keputusan SPM keluar..

sedikit info tambahan :)

Kepada mereka yang memohon Asasi UiTM,anda akan memulakan pengajian pada awal bulan Jun,kemungkinan 2 Jun 2013 dan kuliah bermula pada 10 Jun 2013.maknanya,seminggu untuk orientasi atau di UiTM lebih dikenali sebagai MDS ( minggu Destini Siswa)

Akhir kata,selamat maju jaya
buatlah pilihan sebaik mungkin mengikut kemampuan diri..jangan hanya mengejar populariti sesebuah Universiti..ukur baju di badan sendiri ya..a.k.a pilihlah pilihan pengajian sebaik mungkin demi memastikan potensi untuk cemerlang lebih luas ..

Terima kasih

Wasalm

^_^