Khamis, 18 Oktober 2012

Cuti Sem 1 dah mula ^_^

Salam....
Alhamdulilah,cuti sem1 UiTM P.Alam dah mula....start 12/10 smpai 2/12 ni....spnjg cuti ni,benda paling penting yg nak kena buat ialah MUET ....all the best utk semua yg ambik MUET ya...

Dah la tk update blog,maklum la,baru habis final exam kan....

post kali ni,nk cerita pasal 2 event besar yg berlaku kat UiTM Puncak Alam...

Yang Pertama : Jamuan Raya UiTM P.Alam/P.Perdana...mmg best la jamuan ni..dpt makan macam2 hidangan..laksa,satay,cupcake,char koeytow,pulut kuning dan banyak lagi....Jamuan ni turut dihadiri oleh Penolong Naib Canselor UiTM P.Alam/P.Perdana,Prof.Dr Azizul Halim Yahya dan tetamu kehormat ,iaitu Tokoh Pembangunan UiTM/ITM, Tan Sri Dato' Seri Arshad Ayub serta dif-dif jemputan yang lain.memang meriah la sambutan Raya D'Puncak ni...

Suasana P.Alam Raya ^_^


Yang Kedua :Beberapa minggu yg lalu,kita sedia maklum tentang isu filem yg menghina Islam tu...Ramai yg memberi reaksi terhadap filem yg menghina Rasullullah S.A.W...ada yg berdemo,tunjuk perasan dan sebagainya..boleh dikatakan majoriti penduduk Islam di seluruh pelusuk dunia mengadakan bantahan...

Tak terkecuali,UiTM P.Alam melalui Persatuan Rakan Masjid (PRM) telah mengadakan satu program pada hari Jumaat,21.9.2012 sbg bantahan terhadap isu tersebut...Nama program tu,ReUmmah Fication...
tapi,jgn salah faham,ReUmmahFication ni bukan lah sejenis demonstrasi jalanan ataupun tunjuk perasaan..tapi program yang memantapkan lagi kecintaan kita terhdap Allah dan Rasullulah...
Ramai yg join program ni walaupun masa tu tgh revision week....sampai melimpah ruah Dewan Kuliah 500(DK500)

dah macam nk buat dikir barat dh yg kat atas pentas tu..hehe
Antara pengisiannya,tazkirah,tayangan video dan bacaan puisi...Part yg tunjuk video tu,mmg terharu sgt sbb selama ni,kita tak sedar,betapa sayangnya Nabi Muhammad terhadap umatnya...rasa insaf sangat...


Akhir kata,selamat bercuti untuk semua...Jumpa Sem.2 nanti,Insyaallah... ^_^

*berdebar-debar tunggu result final yang dijangka keluar pada 9.11.2012*




Tiada ulasan: