Ahad, 12 Ogos 2012

Cepat sungguh masa berlalu !!!!

Assalamualaikum....

Masyaallah,cepat sungguh masa berlalu,pejam celik,pejam celik,kita dah ada di penghujung Ramadhan...rasa macam baru ja kita berpuasa.....tambahan pula,ni la kali pertama admin berpuasa di perantauan tanpa keluarga(perantauan tu sebenarnya kat UiTM P.Alam je,hehe)

Waktu2 sekarang ni,mesti ramai yg tgh sibuk sediakan kelengkapan Aidilfitri ....orang kata,Last minute shopping...

Sebenaqnya,post kali nak share 2 video raya yang menyayat hati.satu iklan petronas,1 lagi iklan Bernas...

Iklan petronas ni mengisahkan tentang seorang Anak Malaysia,Erman(rasa macam pernah tengok la hero ni) yg bekerja sebagai jururtera di Uzbeskistan.Di sana,dia bertemu dengan seorang budak lelaki yang akhirnya menjadi kawan baik dia...kalau nak tau apa yang berlaku,tonton la video tu ye...klik la link kat bawah ni..tajuk iklan ni:strangers....bila tengok iklan ni,rasa bersyukur sebab tinggal di Malaysia...semua infrastruktur terutamanya sistem pendidikan sangat baik,berbeza dengan negara2 lain...

http://www.youtube.com/watch?v=u7lViP5J9fc&feature=g-logo-xit

Iklan raya yang seterusnya ialah iklan Bernas..mengisahkan tentang 2 anak yatim (seorang buta & seorang lagi masalah untuk bercakap) yang ingin pulang ke Segamat bagi menziarahi pusara arwah ibu mereka...
video
Sedih tengok video...Rasa insaf dan bersyukur sebab bila difikirkan balik,ramai lagi orang yang tidak berkemampuan....


Di kesempatan ini,saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin.semoga Aidilfitri kali ni memberi makna dalam hidup kita,Insyaallah....



Tiada ulasan: