Jumaat, 31 Ogos 2012

Ambang #merdeka55 @ UiTM P.Alam

Assalamualaikum...
Salam merdeka.....

Alhamdulilah,dapat juga kita merasai kemerdekaan negara yang ke 55...
dan semalam,sempena kemerdekaan negara,pihak UiTM P.Alam telah menganjurkan program Ambang Merdeka di Padang kawad....

Program ni dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor(PNC) UiTM kampus Puncak Alam/Puncak Perdana,Prof.Dr.Azizul Halim Yahya.Beliau juga mengingatkan kami semua supaya  menghargai kemakmuran yang ada dan menggunakan seluruh peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan agar keamanan   dapat dikekalkan seterusnya mengelak daripada peperangan.
kreatif la penghuni2 A2..buat angka 55..ingatkan depa tak turun  bawah...hehe

Program bermula jam 8.30 malam-1230 pagi....ramai pelajar turun untuk memberikan sokongan...
Acara dimulakan dengan perarakan masuk PNC diiringi oleh konvoi motosikal pelajar2 UiTM puncak Alam.kemudian,bacaan doa diadakan memohon keberkatan Allah s.w.t

Seterusnya,ucapan oleh pengarah program & PNC sendiri.Sejurus selepas itu,program diteruskan dgn penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada Atlet2 UiTM yang akan membawa bendera tersebut mengelilingi kampus (uisshhh,letih jugak tu.tapi,atlet mesti kuat kan)

Selepas pelepasan atlet,majlis diteruskan dengan persembahan pelajar seperti puisi,Akustik dan lakonan....
acara selingan,kuiz dihoskan oleh Abg Angah & Abg Shah(pm mds),x sangka,depa ada kat sini..rupa2nya,depa pun PM MDS september 2012 yang bermula esok...Akak2 & Abg2 PM MDS september 2012 juga mendendangkan 2 buah lagu iaitu Suasana Hari Raya & Tanggal 31..memanglah sempoi la depa semua ni...

lepas tu,countdown merdeka bersama para VIP diserikan dengan percikan bunga api dan laungan keramat Merdeka oleh PNC sendiri....
percikan bunga api tepat jan 12

sesudah tu,tibalah para atlet yang mengelilingi Kampus menyerahkan Jalur gemilang kepada PNC dan seterusnya diserahkan kepada Kadet UiTM....kemudian,nyanyian lagu Negaraku,1Malaysia dan Wawasan Setia UiTM(lama x nyanyi lagu ni)....

koir asasi
Acara berakhir setelah selesai sesi bergambar bersama PNC....
Part paling ditunggu-tunggu ,pengagihan kupon aktiviti..hehe

Sebenarnya,hari ni ada satu lagi program di Bukit Jalil bersama PM iaitu tweetup #merdeka55.UiTM sediakan bas untuk 120 org pelajar..mula2,rasa nak ikut sbb teruja nak raikan kemerdaan dgn PM,tapi disebabkan homework & assingmnet byk ditambah pulak  x ada teman,jadi terpaksa la lupakan..ehmm
x pa lah,x dak rezeki...





Sekali lagi,

Salam Kemerdekaan....
1Malaysia :janji ditepati


Salam 1 UiTM


Tiada ulasan: