Jumaat, 31 Ogos 2012

Ambang #merdeka55 @ UiTM P.Alam

Assalamualaikum...
Salam merdeka.....

Alhamdulilah,dapat juga kita merasai kemerdekaan negara yang ke 55...
dan semalam,sempena kemerdekaan negara,pihak UiTM P.Alam telah menganjurkan program Ambang Merdeka di Padang kawad....

Program ni dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor(PNC) UiTM kampus Puncak Alam/Puncak Perdana,Prof.Dr.Azizul Halim Yahya.Beliau juga mengingatkan kami semua supaya  menghargai kemakmuran yang ada dan menggunakan seluruh peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan agar keamanan   dapat dikekalkan seterusnya mengelak daripada peperangan.
kreatif la penghuni2 A2..buat angka 55..ingatkan depa tak turun  bawah...hehe

Program bermula jam 8.30 malam-1230 pagi....ramai pelajar turun untuk memberikan sokongan...
Acara dimulakan dengan perarakan masuk PNC diiringi oleh konvoi motosikal pelajar2 UiTM puncak Alam.kemudian,bacaan doa diadakan memohon keberkatan Allah s.w.t

Seterusnya,ucapan oleh pengarah program & PNC sendiri.Sejurus selepas itu,program diteruskan dgn penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada Atlet2 UiTM yang akan membawa bendera tersebut mengelilingi kampus (uisshhh,letih jugak tu.tapi,atlet mesti kuat kan)

Selepas pelepasan atlet,majlis diteruskan dengan persembahan pelajar seperti puisi,Akustik dan lakonan....
acara selingan,kuiz dihoskan oleh Abg Angah & Abg Shah(pm mds),x sangka,depa ada kat sini..rupa2nya,depa pun PM MDS september 2012 yang bermula esok...Akak2 & Abg2 PM MDS september 2012 juga mendendangkan 2 buah lagu iaitu Suasana Hari Raya & Tanggal 31..memanglah sempoi la depa semua ni...

lepas tu,countdown merdeka bersama para VIP diserikan dengan percikan bunga api dan laungan keramat Merdeka oleh PNC sendiri....
percikan bunga api tepat jan 12

sesudah tu,tibalah para atlet yang mengelilingi Kampus menyerahkan Jalur gemilang kepada PNC dan seterusnya diserahkan kepada Kadet UiTM....kemudian,nyanyian lagu Negaraku,1Malaysia dan Wawasan Setia UiTM(lama x nyanyi lagu ni)....

koir asasi
Acara berakhir setelah selesai sesi bergambar bersama PNC....
Part paling ditunggu-tunggu ,pengagihan kupon aktiviti..hehe

Sebenarnya,hari ni ada satu lagi program di Bukit Jalil bersama PM iaitu tweetup #merdeka55.UiTM sediakan bas untuk 120 org pelajar..mula2,rasa nak ikut sbb teruja nak raikan kemerdaan dgn PM,tapi disebabkan homework & assingmnet byk ditambah pulak  x ada teman,jadi terpaksa la lupakan..ehmm
x pa lah,x dak rezeki...





Sekali lagi,

Salam Kemerdekaan....
1Malaysia :janji ditepati


Salam 1 UiTM


Khamis, 30 Ogos 2012

#merdeka55

Assalamualaikum.....

Insyaallah,esok kita akan meraikan hari kemerdekaan negara yang ke-55...
Alhamdulilah,lebih 5 dekad kita bebas dari cengkaman penjajah...
semoga kita sebagai generasi pewaris bangsa dapat mengekalkan kemerdekaan yang ada ini setelah nenek moyang kita bermandi darah untuk mendapatkannya....
Kita besyukur kerana di Malaysia,kita masih boleh hidup bebas walaupun kita berbilang bangsa,agama dan keturunan....
semoga dengan nikmat yang kita kecapi selama ini dapat menjadikan kita seorang yang lebih bersyukur dan mematangkan kita untuk menghadapi arus globalisasi...

Terima kasih buat para pemimpin & pejuang negara yang melindungi negara kita daripada ancaman penjajah setelah kemerdekaan berjaya dikecapi pada 31 Ogos 1957.Semoga kita dapat bersatu padu untuk melindungi tanah air yang tercinta ini.

Akhir kata,Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55

1Malaysia:Janji Ditepati....

Merdeka!Merdeka!Merdeka!!!

Ahad, 12 Ogos 2012

Cepat sungguh masa berlalu !!!!

Assalamualaikum....

Masyaallah,cepat sungguh masa berlalu,pejam celik,pejam celik,kita dah ada di penghujung Ramadhan...rasa macam baru ja kita berpuasa.....tambahan pula,ni la kali pertama admin berpuasa di perantauan tanpa keluarga(perantauan tu sebenarnya kat UiTM P.Alam je,hehe)

Waktu2 sekarang ni,mesti ramai yg tgh sibuk sediakan kelengkapan Aidilfitri ....orang kata,Last minute shopping...

Sebenaqnya,post kali nak share 2 video raya yang menyayat hati.satu iklan petronas,1 lagi iklan Bernas...

Iklan petronas ni mengisahkan tentang seorang Anak Malaysia,Erman(rasa macam pernah tengok la hero ni) yg bekerja sebagai jururtera di Uzbeskistan.Di sana,dia bertemu dengan seorang budak lelaki yang akhirnya menjadi kawan baik dia...kalau nak tau apa yang berlaku,tonton la video tu ye...klik la link kat bawah ni..tajuk iklan ni:strangers....bila tengok iklan ni,rasa bersyukur sebab tinggal di Malaysia...semua infrastruktur terutamanya sistem pendidikan sangat baik,berbeza dengan negara2 lain...

http://www.youtube.com/watch?v=u7lViP5J9fc&feature=g-logo-xit

Iklan raya yang seterusnya ialah iklan Bernas..mengisahkan tentang 2 anak yatim (seorang buta & seorang lagi masalah untuk bercakap) yang ingin pulang ke Segamat bagi menziarahi pusara arwah ibu mereka...
video
Sedih tengok video...Rasa insaf dan bersyukur sebab bila difikirkan balik,ramai lagi orang yang tidak berkemampuan....


Di kesempatan ini,saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin.semoga Aidilfitri kali ni memberi makna dalam hidup kita,Insyaallah....



Selasa, 7 Ogos 2012

Sepatutnya Negaraku berkumandang,Azizulhasni

terharu baca kenyataan yg dikeluarkan oleh Dato' Lee Chong Wei....

walau apapun Dato',kami rakyat Malaysia tetap akan menyokong dato' dan atlet2 tanah air yg lain....



klik kat bawah kalau nak baca post beliau di Utusan Online

Sepatutnya INegaraku/I berkumandang

pada masa yg sama,kita juga berharap agar Azizulhasni Awang yg kini telah layak ke pusingan kedua Keirin dan akan beraksi pada 11.30 malam ini dapat beraksi dgn baik...
Kami rakyat Malaysia yakin bahawa Aizulhasni Awang mampu mengutip sebutir pingat tidak kira warna apa sekalipun....

harap2 Azizulhasni dapat la kibar Jalur Gemilang macam ni,Insyaallah

http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20120807/su_15/Azizulhasni-mara-ke-pusingan-kedua-keirin

Malaysia Boleh...

*ikuti perkembangan olimpik di you tube : Official Olympic Channel  (utk sapa2 yg tak ada TV mcm saya la,hehe)
kalau ada TV,boleh tengok di RTM @ Astro

http://www.youtube.com/user/olympic?feature=inp-lt-lsg-MY