Sabtu, 7 April 2012

Tahniah Pasukan Pantun SMKSB 2012 !!!


Assalamualaikum...

Pada 4 dan 5 April 2012,telah berlangsung Pesta Pantun Daerah Kota Setar 2012.Tapi,tahun ni SMK Sultanah Bahiyah tak menjadi tuan rumah,sebaliknya SMK Tunku Abdul Aziz yang menjadi tuan rumah....

dan Alhamdulilah,pasukan pantun SMK Sultanah Bahiyah berjaya mengekalkan kejuaaraan dan sekaligus mewakili Daerah Kota Setar ke Pesta Pantun Peringkat Negeri Kedah 2012....

Pasukan Pantun sekolah kita berjaya mengalahkan SMK Muadzam Shah di peringkat awal,diikuti SMK Bukit Payong pada peringkat Suku Akhir yang berlangsung pada hari pertama...

Hari Kedua,di pusingan Separuh Akhir,kita berjaya mengalahkan SMK Tunku Abdul Malek walaupun berlaku sedikit ketidakpuasan hati oleh pihak lawan....Perlawanan pada mulanya agak sengit,tetapi Alhamdulilah kita berjaya mengekalkan momentum untuk menang terutamaya selepas mendengar pihak lawan sering melakukan kesilapan terutamanya pembayang mereka yg kurang puitis.....Tetapi,ucapan tahniah diberikan kepada pemantun SMKTAM kerana menerima gelaran pemantun terbaik untuk pusingan separuh akhir tersebut........

dan Pada Peringkat Akhir,kita berjaya mengalahkan SMK Seri Ampang..kita juga berjaya mengekalkan gelaran pemantun terbaik apabila pemantun pertama kita,Nur Adriana Nor Azam dinobatkan sebagai pemantun terbaik...

Sebenarnya,tak semestinya pemantun terbaik akan sentiasa berada dalam pasukan yang menang,sebaliknya pernah berlaku pemantun terbaik berada dalam pasukan yang kalah...

Mengambil contoh,pada perlawanan akhir pesta pantun Daerah Kota Setar 2010,pasukan SMK Sultanah Bahiyah bertemu dengan Pasukan Kolej Sultan Abdul Hamid(KSAH)... Kemenangan berpihak kepada pasukan SMKSB namun gelaran pemantun terbaik disandang oleh pemantun KSAH....

Gelaran pemantun terbaik dinilai berdasarkan prestasi seseorang pemantun,bukannya seluruh pasukan... Jadi,tak menjadi suatu perkara yang luar biasa apabila pemantun terbaik berada dalam pasukan yang tewas....

Kesimpulannya,keputusan sudah diumumkan,menang kalah adat pertandingan....setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya....Bersyukurlah dengan setiap keputusan yang kita terima....Jika kita menang,Alhamduliah,ia menunjukkan komitmen pasukan tersebut....

Dan jika kita tewas,tak bermakna kita terlalu teruk,tetapi ada lagi aspek2 yg perlu kita perbaiki untuk bersaing pada tahun2 hadapan.. Janganlah kita saling menuding jari,tuduh-menuduh menyatakan ketidakpuasan hati kita kerana pihak juri lebih arif menilai kita.....

Wallahualam......

2 ulasan:

Anas Fikri berkata...

tahniah. saya anas fikri, juga pemantun. pasukan pantun saya juga mewakili daerah. 9dan10 Mei ini berentap. do the best!
daerah kota setar dari negeri kedah ke ? negeri kedah tahun lepas juara kebangsaan , kekalkan tau.saya daerah sepang, negeri selangor

Planet 3K1 berkata...

terima kasih anas fikri kerana sudi membaca post ni.. ya,daerah kota setar di negeri kedah... Ya,kedah tahun lepas juara kebangsaan,tapi bukan kami yang mewakilinya,daerah kulim bandar baharu..tahun lepas,kami naib juara negeri kedah,kalah dengan daerah kulim.. tahun ni daerah sepang wakili selangor jugak ke?