Selasa, 24 April 2012

Semakan keputusan kemasukan ke matrikulasi sesi 2012/2013

semakan keputusan kemasukan ke matrikulasi sesi 2012/2013 boleh  dibuat pada hari rabu,25 April 2012.semakan boleh dibuat di laman web http://www.moe.gov.my.

Para pelajar yang berjaya akan mendaftar pada 28 mei 2012.
Kepada pelajar yang tidak berjaya,permohonan boleh dibuat mulai 25/4/2012 hingga 13/5/2012.

sekian....

Sabtu, 7 April 2012

Maher Zain : Forgive Me... His second album

Assalamualaikum....

Maher Zain's  second album : Forgive Me
2 April 2012,tarikh di mana album kedua Maher Zain : Forgive Me berada di pasaran Malaysia..Mengandungi 14 track lagu  dan dijual dengan harga RM 29.90,nilai yang berpatutan....

 lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah:
*I love you so
*Number One For Me
*Mawlaya
*My Little Girl(feat Aya Zain,Maher Zain's one year old daughter)
*Forgive Me
*One Big Family
*Assalamu Alayka
*Paradise
*Masha Allah
*Radhitu Billahi Rabba
*Freedom
*So Soon
*Muhammad
*Guide Me All The Way


Untuk pengetahuan semua,Maher zain akan berada di Malaysia selama 3 hari bermula 6 april-8 april 2012...
kat bawah ni,ada jadual beliau sepanjang berada di Malaysia:

6 April 2012
0830 : live @ Nasi Lemak Kopi O TV9
1000: live starchat @ Gua.com.my
1200 : Wanita Hari Ini TV3
2200: live @ IKIM.fm

7 April 2012
0800:live@Selamat Pagi 1Malaysia TV1
2100: live @ Konsert FenoMania Astro Ria 104

8April 2012
1000:live@Assalamualaikum TV AlHijrah
1200:live@Propaganza astro Ria 104
1500 : Meet the Fans @ The Mines                                    sumber: Facebook Maher Zain

Jadi,jangan lepaskan peluang untuk bertemu beliau dan yang paling penting,jangan untuk mendapatkan album terbarunya,FORGIVE ME...seperti kata Maher Zain : "Buy original=Support Islamic Art :)"


Tahniah Pasukan Pantun SMKSB 2012 !!!


Assalamualaikum...

Pada 4 dan 5 April 2012,telah berlangsung Pesta Pantun Daerah Kota Setar 2012.Tapi,tahun ni SMK Sultanah Bahiyah tak menjadi tuan rumah,sebaliknya SMK Tunku Abdul Aziz yang menjadi tuan rumah....

dan Alhamdulilah,pasukan pantun SMK Sultanah Bahiyah berjaya mengekalkan kejuaaraan dan sekaligus mewakili Daerah Kota Setar ke Pesta Pantun Peringkat Negeri Kedah 2012....

Pasukan Pantun sekolah kita berjaya mengalahkan SMK Muadzam Shah di peringkat awal,diikuti SMK Bukit Payong pada peringkat Suku Akhir yang berlangsung pada hari pertama...

Hari Kedua,di pusingan Separuh Akhir,kita berjaya mengalahkan SMK Tunku Abdul Malek walaupun berlaku sedikit ketidakpuasan hati oleh pihak lawan....Perlawanan pada mulanya agak sengit,tetapi Alhamdulilah kita berjaya mengekalkan momentum untuk menang terutamaya selepas mendengar pihak lawan sering melakukan kesilapan terutamanya pembayang mereka yg kurang puitis.....Tetapi,ucapan tahniah diberikan kepada pemantun SMKTAM kerana menerima gelaran pemantun terbaik untuk pusingan separuh akhir tersebut........

dan Pada Peringkat Akhir,kita berjaya mengalahkan SMK Seri Ampang..kita juga berjaya mengekalkan gelaran pemantun terbaik apabila pemantun pertama kita,Nur Adriana Nor Azam dinobatkan sebagai pemantun terbaik...

Sebenarnya,tak semestinya pemantun terbaik akan sentiasa berada dalam pasukan yang menang,sebaliknya pernah berlaku pemantun terbaik berada dalam pasukan yang kalah...

Mengambil contoh,pada perlawanan akhir pesta pantun Daerah Kota Setar 2010,pasukan SMK Sultanah Bahiyah bertemu dengan Pasukan Kolej Sultan Abdul Hamid(KSAH)... Kemenangan berpihak kepada pasukan SMKSB namun gelaran pemantun terbaik disandang oleh pemantun KSAH....

Gelaran pemantun terbaik dinilai berdasarkan prestasi seseorang pemantun,bukannya seluruh pasukan... Jadi,tak menjadi suatu perkara yang luar biasa apabila pemantun terbaik berada dalam pasukan yang tewas....

Kesimpulannya,keputusan sudah diumumkan,menang kalah adat pertandingan....setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya....Bersyukurlah dengan setiap keputusan yang kita terima....Jika kita menang,Alhamduliah,ia menunjukkan komitmen pasukan tersebut....

Dan jika kita tewas,tak bermakna kita terlalu teruk,tetapi ada lagi aspek2 yg perlu kita perbaiki untuk bersaing pada tahun2 hadapan.. Janganlah kita saling menuding jari,tuduh-menuduh menyatakan ketidakpuasan hati kita kerana pihak juri lebih arif menilai kita.....

Wallahualam......