Khamis, 8 Mac 2012

STPM 2011..tahniah Bahiyah !

Assalamualaikum....

semalam,hari Rabu,7 Mac 2012 telah diumumkan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011.Alhamdulilah,SMK Sultanah Bahiyah berjaya mengekalkan rekod lulus 100 % untuk tahun ke-4 berturut-turut. Tahniah kakak2 semua...

Di bawah ni,ada keratan akhbar Utusan Malaysia mengenai STPM Negeri Kedah & kejayaan manis SMKSB



ALOR SETAR 7 Mac - Sebanyak 94.29 peratus daripada keseluruhan 3,836 calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 memperoleh keputusan lulus penuh dalam keputusan yang diumumkan di sini hari ini.

Timbalan Pelajaran Kedah, Roslee Ismail berkata, keputusan tersebut bagaimanapun didapati menurun sebanyak 1.01 peratus berbanding 2010 yang mencatatkan prestasi lulus penuh sebanyak 95.3 peratus.

"Di samping itu, sebanyak 26 sekolah telah mencapai keputusan mengatasi pencapaian peringkat nasional melebihi 93.96 peratus berbanding hanya 19 sekolah pada 2010," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.


Kalau nak baca lagi ,klik link kat bawah ni :


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm

*SMK Sultanah Bahiyah semalam masuk berita TV1,Utusan Malaysia ada gambar sekolah kita :D


Semoga,keputusan SPM 2011 juga sebaik STPM 2011,Insyaallah....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah SMKSB,,moga teruskan pencapaian anda k

Planet 3K1 berkata...

Terima Kasih,Insyaallah,akan km kekalkan pencapaian ini :)