Sabtu, 17 Mac 2012

kEPUTUSAN SPM 2011 !!

Keputusan SPM 2011 diumum Rabu ini

PUTRAJAYA 14 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan diumumkan pada 21 Mac ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon SPM boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari sama.

"Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri, tempat mereka mendaftar," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui mySMS dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran dengan setiap nombor itu dijarakkan dan dihantar ke 15888.

"Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi dan akan ditamatkan pukul 12 malam 27 Mac ini," ujar kenyataan itu.

Sementara itu, pengumuman analisis keputusan pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, bangunan Kementerian Pelajaran di sini pada pukul 9 pagi, hari yang sama.

Seramai 468,808 calon mendaftar telah menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun lalu


Sumber :

Utusan Malaysia Online,15 Mac 2012 , Khamis

Tiada ulasan: