Selasa, 27 Mac 2012

Halatuju Selepas SPM .....



Assalamualaikum

Alhamdulilah,keputusan SPM 2011 dah dikeluarkan..
Jadi,tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya memperoleh keputusan yang cemrlang...
Kepada yang kurang cemerlang,jangan sedih...perjalanan baru bermula...

Sebenarnya,lepas keputusan SPM diumumkan,banyak laluan untuk kita lalui lepas ni bagi menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...

Ada yang akan ke matrikulasi,tingkatan 6,Diploma,maktab,Asasi mahupun Politeknik....

Kita sememangnya perlu bersyukur kerana sekarang banyak IPTS dan IPTA yang ada di Malaysia..

Kalau dulu,ada berapa buah sahaja IPTA,jadi susah la untuk pelajar yang kurang cemerlang menyambung pelajaran... tapi sekarang,banyak peluang ada untuk kita sambung belajar...

Yang penting,kita kena rajin mencari maklumat mengenai peluang2 belajar lepas SPM ni.. Insyaallah,kita mampu sambung belajar lepas ni...

Kepada yang cemerlang,tentu sedang mencari tempat yang terbaik dan biasiswa pengajian... Kini,terdapat pelbagai biasiswa untuk pelajar menyambung pelajaran sama ada di dalam mahupun luar negara...

Kesimpulannya,peluang belajar untuk kita sama ada yang berjaya dengan cemerlang ataupun kurang cemerlang banyak..Yang penting,usaha kita untuk mencarinya...

Tak kisahlah,selepas ni kita nak masuk Matrikulasi,Asasi,Diploma,Maktab,Tingkatan 6 atau Politeknik sekali pun,yang pasti,lepas ni persaingan semakin sengit,jadi berusahalah untuk menjadi yang terbaik di Institusi pengajian yang akan kita sertai,.....


Apa pun,semoga berjaya mencari tempat untuk menyambung pelajaran selepas ni... :D

Wassalam....

Tiada ulasan: