Khamis, 18 Oktober 2012

Cuti Sem 1 dah mula ^_^

Salam....
Alhamdulilah,cuti sem1 UiTM P.Alam dah mula....start 12/10 smpai 2/12 ni....spnjg cuti ni,benda paling penting yg nak kena buat ialah MUET ....all the best utk semua yg ambik MUET ya...

Dah la tk update blog,maklum la,baru habis final exam kan....

post kali ni,nk cerita pasal 2 event besar yg berlaku kat UiTM Puncak Alam...

Yang Pertama : Jamuan Raya UiTM P.Alam/P.Perdana...mmg best la jamuan ni..dpt makan macam2 hidangan..laksa,satay,cupcake,char koeytow,pulut kuning dan banyak lagi....Jamuan ni turut dihadiri oleh Penolong Naib Canselor UiTM P.Alam/P.Perdana,Prof.Dr Azizul Halim Yahya dan tetamu kehormat ,iaitu Tokoh Pembangunan UiTM/ITM, Tan Sri Dato' Seri Arshad Ayub serta dif-dif jemputan yang lain.memang meriah la sambutan Raya D'Puncak ni...

Suasana P.Alam Raya ^_^


Yang Kedua :Beberapa minggu yg lalu,kita sedia maklum tentang isu filem yg menghina Islam tu...Ramai yg memberi reaksi terhadap filem yg menghina Rasullullah S.A.W...ada yg berdemo,tunjuk perasan dan sebagainya..boleh dikatakan majoriti penduduk Islam di seluruh pelusuk dunia mengadakan bantahan...

Tak terkecuali,UiTM P.Alam melalui Persatuan Rakan Masjid (PRM) telah mengadakan satu program pada hari Jumaat,21.9.2012 sbg bantahan terhadap isu tersebut...Nama program tu,ReUmmah Fication...
tapi,jgn salah faham,ReUmmahFication ni bukan lah sejenis demonstrasi jalanan ataupun tunjuk perasaan..tapi program yang memantapkan lagi kecintaan kita terhdap Allah dan Rasullulah...
Ramai yg join program ni walaupun masa tu tgh revision week....sampai melimpah ruah Dewan Kuliah 500(DK500)

dah macam nk buat dikir barat dh yg kat atas pentas tu..hehe
Antara pengisiannya,tazkirah,tayangan video dan bacaan puisi...Part yg tunjuk video tu,mmg terharu sgt sbb selama ni,kita tak sedar,betapa sayangnya Nabi Muhammad terhadap umatnya...rasa insaf sangat...


Akhir kata,selamat bercuti untuk semua...Jumpa Sem.2 nanti,Insyaallah... ^_^

*berdebar-debar tunggu result final yang dijangka keluar pada 9.11.2012*




Jumaat, 31 Ogos 2012

Ambang #merdeka55 @ UiTM P.Alam

Assalamualaikum...
Salam merdeka.....

Alhamdulilah,dapat juga kita merasai kemerdekaan negara yang ke 55...
dan semalam,sempena kemerdekaan negara,pihak UiTM P.Alam telah menganjurkan program Ambang Merdeka di Padang kawad....

Program ni dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor(PNC) UiTM kampus Puncak Alam/Puncak Perdana,Prof.Dr.Azizul Halim Yahya.Beliau juga mengingatkan kami semua supaya  menghargai kemakmuran yang ada dan menggunakan seluruh peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan agar keamanan   dapat dikekalkan seterusnya mengelak daripada peperangan.
kreatif la penghuni2 A2..buat angka 55..ingatkan depa tak turun  bawah...hehe

Program bermula jam 8.30 malam-1230 pagi....ramai pelajar turun untuk memberikan sokongan...
Acara dimulakan dengan perarakan masuk PNC diiringi oleh konvoi motosikal pelajar2 UiTM puncak Alam.kemudian,bacaan doa diadakan memohon keberkatan Allah s.w.t

Seterusnya,ucapan oleh pengarah program & PNC sendiri.Sejurus selepas itu,program diteruskan dgn penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada Atlet2 UiTM yang akan membawa bendera tersebut mengelilingi kampus (uisshhh,letih jugak tu.tapi,atlet mesti kuat kan)

Selepas pelepasan atlet,majlis diteruskan dengan persembahan pelajar seperti puisi,Akustik dan lakonan....
acara selingan,kuiz dihoskan oleh Abg Angah & Abg Shah(pm mds),x sangka,depa ada kat sini..rupa2nya,depa pun PM MDS september 2012 yang bermula esok...Akak2 & Abg2 PM MDS september 2012 juga mendendangkan 2 buah lagu iaitu Suasana Hari Raya & Tanggal 31..memanglah sempoi la depa semua ni...

lepas tu,countdown merdeka bersama para VIP diserikan dengan percikan bunga api dan laungan keramat Merdeka oleh PNC sendiri....
percikan bunga api tepat jan 12

sesudah tu,tibalah para atlet yang mengelilingi Kampus menyerahkan Jalur gemilang kepada PNC dan seterusnya diserahkan kepada Kadet UiTM....kemudian,nyanyian lagu Negaraku,1Malaysia dan Wawasan Setia UiTM(lama x nyanyi lagu ni)....

koir asasi
Acara berakhir setelah selesai sesi bergambar bersama PNC....
Part paling ditunggu-tunggu ,pengagihan kupon aktiviti..hehe

Sebenarnya,hari ni ada satu lagi program di Bukit Jalil bersama PM iaitu tweetup #merdeka55.UiTM sediakan bas untuk 120 org pelajar..mula2,rasa nak ikut sbb teruja nak raikan kemerdaan dgn PM,tapi disebabkan homework & assingmnet byk ditambah pulak  x ada teman,jadi terpaksa la lupakan..ehmm
x pa lah,x dak rezeki...





Sekali lagi,

Salam Kemerdekaan....
1Malaysia :janji ditepati


Salam 1 UiTM


Khamis, 30 Ogos 2012

#merdeka55

Assalamualaikum.....

Insyaallah,esok kita akan meraikan hari kemerdekaan negara yang ke-55...
Alhamdulilah,lebih 5 dekad kita bebas dari cengkaman penjajah...
semoga kita sebagai generasi pewaris bangsa dapat mengekalkan kemerdekaan yang ada ini setelah nenek moyang kita bermandi darah untuk mendapatkannya....
Kita besyukur kerana di Malaysia,kita masih boleh hidup bebas walaupun kita berbilang bangsa,agama dan keturunan....
semoga dengan nikmat yang kita kecapi selama ini dapat menjadikan kita seorang yang lebih bersyukur dan mematangkan kita untuk menghadapi arus globalisasi...

Terima kasih buat para pemimpin & pejuang negara yang melindungi negara kita daripada ancaman penjajah setelah kemerdekaan berjaya dikecapi pada 31 Ogos 1957.Semoga kita dapat bersatu padu untuk melindungi tanah air yang tercinta ini.

Akhir kata,Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55

1Malaysia:Janji Ditepati....

Merdeka!Merdeka!Merdeka!!!

Ahad, 12 Ogos 2012

Cepat sungguh masa berlalu !!!!

Assalamualaikum....

Masyaallah,cepat sungguh masa berlalu,pejam celik,pejam celik,kita dah ada di penghujung Ramadhan...rasa macam baru ja kita berpuasa.....tambahan pula,ni la kali pertama admin berpuasa di perantauan tanpa keluarga(perantauan tu sebenarnya kat UiTM P.Alam je,hehe)

Waktu2 sekarang ni,mesti ramai yg tgh sibuk sediakan kelengkapan Aidilfitri ....orang kata,Last minute shopping...

Sebenaqnya,post kali nak share 2 video raya yang menyayat hati.satu iklan petronas,1 lagi iklan Bernas...

Iklan petronas ni mengisahkan tentang seorang Anak Malaysia,Erman(rasa macam pernah tengok la hero ni) yg bekerja sebagai jururtera di Uzbeskistan.Di sana,dia bertemu dengan seorang budak lelaki yang akhirnya menjadi kawan baik dia...kalau nak tau apa yang berlaku,tonton la video tu ye...klik la link kat bawah ni..tajuk iklan ni:strangers....bila tengok iklan ni,rasa bersyukur sebab tinggal di Malaysia...semua infrastruktur terutamanya sistem pendidikan sangat baik,berbeza dengan negara2 lain...

http://www.youtube.com/watch?v=u7lViP5J9fc&feature=g-logo-xit

Iklan raya yang seterusnya ialah iklan Bernas..mengisahkan tentang 2 anak yatim (seorang buta & seorang lagi masalah untuk bercakap) yang ingin pulang ke Segamat bagi menziarahi pusara arwah ibu mereka...
Sedih tengok video...Rasa insaf dan bersyukur sebab bila difikirkan balik,ramai lagi orang yang tidak berkemampuan....


Di kesempatan ini,saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin.semoga Aidilfitri kali ni memberi makna dalam hidup kita,Insyaallah....



Selasa, 7 Ogos 2012

Sepatutnya Negaraku berkumandang,Azizulhasni

terharu baca kenyataan yg dikeluarkan oleh Dato' Lee Chong Wei....

walau apapun Dato',kami rakyat Malaysia tetap akan menyokong dato' dan atlet2 tanah air yg lain....



klik kat bawah kalau nak baca post beliau di Utusan Online

Sepatutnya INegaraku/I berkumandang

pada masa yg sama,kita juga berharap agar Azizulhasni Awang yg kini telah layak ke pusingan kedua Keirin dan akan beraksi pada 11.30 malam ini dapat beraksi dgn baik...
Kami rakyat Malaysia yakin bahawa Aizulhasni Awang mampu mengutip sebutir pingat tidak kira warna apa sekalipun....

harap2 Azizulhasni dapat la kibar Jalur Gemilang macam ni,Insyaallah

http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20120807/su_15/Azizulhasni-mara-ke-pusingan-kedua-keirin

Malaysia Boleh...

*ikuti perkembangan olimpik di you tube : Official Olympic Channel  (utk sapa2 yg tak ada TV mcm saya la,hehe)
kalau ada TV,boleh tengok di RTM @ Astro

http://www.youtube.com/user/olympic?feature=inp-lt-lsg-MY

Ahad, 29 Julai 2012

Event UiTM P.Alam

Assalamualaikum.... Salam Ramadhan

Alhamdulilah,dah 9 hari kita berpuasa...rasa cepat ja masa berjalan...x sabaq nak balik rumah..hehe..Kat sini,Test 1 utk student asasi sedang dijalankan & Insyaallah,hari rabu @ Sabtu ni habis la...dah lama x post kat blog ni...sibuk sikit,x dan nak update post...

Post kali ni nak share sikit la event2 best  yg berlangsung sebelum Ramadhan di sini @  yg dianjurkan oleh UiTM....Untung dok sini sebab student2 asasi diberi peluang utk sertai program2 yg boleh dikatakan peluang sekali seumur hidup la...

Ok la,drpd dok melalut panjang,jom kita tgk apa event yg best kat sini....

minggu kedua kat sini, hari rabu 13/6/2012 ada program Bicara Kampus :Turn To The Right.Yg bestnya program ni menjemput Sham Kamikaze,Farah Asyikin & Ustaz Hafiz(CITU UiTM S.Alam) sbg panellist...best la..selain perkongsian ilmu,dpt jgk jumpa artis2 yg dah berhijrah ni...



lepas tu,semingu lepas tu (22/6/2012_:Jumaat) ada program Mass Gathering.Kali ni yg dijemput ialah Novelis Islamik Terkenal,Fatimah Syarha...haha..mula2 x kenal sapa Fatimah Syarha,tapi lepas org bg tau dia novelis terkenal,baru la ingat karya2 dia...kali ni,dia berbicara tentang Persahabatan....




tak habis lagi,ni,waktu Nisfu Syaaban hari tu  5/7/2012,khamis,ada program Wacana Ilmiah...kali ni depa jemput Ustaz Don Daniyal Don Biyajid utk sampaikan ceramah ttg ramadhan...mmg best la...puas dpt dengaq dia caka utara...maklumlah,kat sini nak cakap kedah pekat2,org x faham pulak kan....


Sebelum program Ustaz Don tu,Menteri Pengajian Tinggi,Dato'Seri Khaleed Nordin mai UiTM P.Alam(kalau x silap,hari Isnin) utk perasmian Klinik Optometri Bergerak,UiTM Puncak Alam....Naib Canselor,Dato' Sahol Hamid pun ada jugak...sapa2 yg ni pi boleh,tp waktu tu ada kelas pulak,tak boleh la pi.......

2 hari lepas tu pulak(7.7.2012) ,km diberi peluang utk bertemu dgn Perdana Menteri Malaysia,YAB DS Mohd.Najib Tun Abdul Razak....Perghhh,best...untung sangat dapat pelaung sekali seumur hidup ni..km dijemput atas kapasiti sebagai mahasisiwa utk Konvensyen Pemikir Muda Malaysia yg berlangsung kat Dewan Agong Tuanku Canselor,UiTM Shah Alam...Bukan Pm ja dpt km jumpa,ramai lagi yg hebat2.Antaranya,Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor,Ally Iskandar ,Menteri Belia & Sukan,Dato' Shabeery Cheek,Timbalan Menteri Kesihatan,Dato' Rosnah Rashid Shirlin,Ustaz Fathul Bari,Ahli Parlimen P.Kamalantahn dan ramai lagi la....mmg best ....Terbaik!!!!


pengacara program:Ally Iskandar


PM Kita ^_^ ucapan pelancaran


panellist : Our Angkasawan


saya  seorang Pemikir Muda Malaysia :)


suasana ketika pembentangan sesi petang @ DATC,UiTM Shah Alam




Seminggu lepas tu pulak,kumpulan2 yg bertuah ni (x termasuk kump.km) berpeluang pi Esplanade,KLCC utk pelacaran program 1M4U.....wahh,best la depa,lagi ramai org2 hebat kat sana..haha

Khamis depan,dengaq kata penghuni2 kolej R1 & R2 yg bertuah dpt pi Buka Puasa bersama SPB Yang Di-Pertuan Agong & Sultan Selangor....Wahhh....yg ni sapa yg dapat,tapi x pi,mmg rugi la,peluang sekali seumur hidup tu...kali ni,Tahap Keinginan nak ikut & Tahap Cemburu km ni mmg tinggi la...dah la buka puasa free,dpt pulak jumpa Agong & Sultan Selangor tu...untung2.....
*Sapa2 yg x mau pi tu,saya sudi ganti..hehe....rindu nak tgk Agong,baginda kan Sultan Kedah....

Alhamdulilah,rasa bersyukur sangat sbb diberi peluang utk berjumpa dgn org2 yg hebat....Mungkin,ni salah satu hikmah sebab apa Allah hantar saya ke UiTM,bukan ke matrikulasi,bukan jugak ke Kolej Mara Seremban...saya bersyukur sangat bila fikirkan ni balik....saya percaya,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....

Setakat ni,yg tu ja la program2 besaq yg ada kat sini..Insyaallah,dengaq kata lepas ni banyak lagi program terutamanya untuk Bulan Kemerdekaan & Hari Malaysia serta sambutan Aidilfitri...


*harap2 lepas ni,dapat la join2 lg byk event & dpt jumpa  ramai lg org2 yg hebat....

waallahu'alam

Salam Ramadhan
Salam 1 Malaysia
Salam 1 UiTM

Sabtu, 16 Jun 2012

Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati

assalamualaikum... esok,17 Jun 2012 adalah hari Bapa.esok juga bersamaan 27 Rejab 1433 hijrah iaitu hari berlakunya peristiwa besar di dalam Islam,iaitu Isra' dan MIkraj ....

Di kesempatan ini,saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai perjalanan Rasulullah SAW sepanjang peristiwa tersebut...

Hayatilah & jadikanlah ia sebgai pedoman untuk kita memperbaiki diri kita menjadi Muslimin yang lebih baik....

Selamat membaca

Wallahualam

Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati | iluvislam.com discover the beauty of islam

Khamis, 7 Jun 2012

Minggu Destini Siswa UiTM Jun 2012

Assalamualaikum...

Alhamdulilah,semalam habis sudah Minggu Destini Siswa Jun 2012 di UiTM Puncak Alam..
Minggu Destini Siswa(MDS) ni merupakan minggu orientasi di UiTM...Bermula 2/6 2012 bagi wave 1 dan 3/6/2012 bagi wave 2.. Wave 1 dan wave 2 adalah 2 kumpulan yang mendaftar pada 2 hari yang berbeza.

Di Puncak Alam,MDS berlangsung 4 hari.. memang best la MDS kali ni..walaupun tak cukup tidur & kurang minum air...
UiTM PUNCAK ALAM...PEMANDANGAN DARI KOLEJ RAFLESIA

Berikut serba sikit mengenai perjalanan MDS Jun  2012 di UiTM Puncak Alam...aktiviti ni adalah aktiviti wave 1,pelajar2 yg mendaftar pada 2/6/2012

 Hari 1 : 8.30-430 : pendaftaran kolej kediaman.(Kolej Raflesia bagi siswi,kolej Angsana bagi siswa)

             malam : pembahagian kumpulan

Hari 2: pagi-petang :Pendaftaran wave 2,semakan semua dokumen penting dari pagi sampai petang,belajar
                               nyanyi lagu UiTM,MDS : "Wawasan setia warga UiTM,UiTM di hatiku & lagu MDS"

            malam : main game2,nyanyi2,tepuk2... haha.. sambil2 tgk "lawak ke der"..haha..mmg x letih langsung

Hari 3 :pagi-petang : Pendaftaran akademik sampai petang..memang ramai,ambil masa yang lama,Taklimat
                                Kolej kediaman

           malam : Persediaan utk majlis pelancaran MDS, main game2,nyanti2,tepuk2,tgk "lawak Ke Der"...

Hari 4 : Pagi : Pelancaran serentak Minggu Destini Siswa UiTM seluruh Malaysia oleh Naib Canselor UiTM
                    Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar secara langsung dipancarkan dari UiTM      
                   ShahAlam

            Petang & malam : Taklimat Asasi,Keselamatan & Peraturan Universiti

Hari 5 :pagi :  Taklimat i-learn,taklimat pelajar

           petang : senamrobik perdana wave 1 bergabung dgn wave 2

          malam : Majlis penutup "Masihkah Kau Ingat...suatu MDS 2012" haha..majlis malam penutup ni mmg
                      terbaik la.ala2 ABPBH gitu... .Abang2 & kakak2 mmg sporting,siap raikan hari lahir kawan2
                     yg lahir spnjg  minggu MDS ni.Malam tu juga ada beberapa anugerah.Antranya"Biro paling
                     mencabar(Biro Makanan),Biro paling popular (Biro Sahsiah,Disiplin & keselamatan,SDK)

Kesimpulannya MDS Jun 2012 @ Puncak Alam memang best la..tak kena kawad,lari2...tp mana ada orientasi yg cukup tidur kan? MDS kena bangun pukul 5.00 pagi dan tidur 1 pagi... haha..mandi pulak sempat sehari sekali ja... tu pun waktu bangun pagi...mmg jadual MDS padat,jadi air mineral,bawak la byk2 ye.. lg pun,Puncak Alam ni kawasan dia besar..perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mmg jauh..selalu naik turun tangga...1 lagi,jgn lupa bawa baju yg secukupnya sbb mmg tak sempat basuh sepanjang MDS ni...kalau rajin,iron siap2,tak la letih badan...

Semua biro yg bertugas menjalankan tugas masing2 dengan baik walaupun kakak2 dan abg2 yg bertugas utk menjaga pelajar seramai hampir 3000 org ni hanyalah ada 78 org sahaja...
HARI TEAKHIR MDS @ KKPR

MDS Puncak Alam mmg best,blh belajar tepuk2..haha..siap boleh tgk "lawak ke der" lagi..haha...

MALAM MASIHKAH KAU INGAT..SUATU MDS JUN 2012
Di kesempatan ni,nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua abg2 & kakak2 pm dan EC yg bertugas menjaga km seperti adik sendiri walaupun terpaksa ponteng kuliah....sayang semua !!!!

Thanks to abg2 & kakak2 yg menjaga wave 1.. Antaranya Abg Angah "Whatever !" ,Abg Jimmy sempoi,Abg Azam,Abg Ehsan,Helmi,Syuk,Syafik,Wan,Alex,Fendi,Zafran,Din,Habib,Wan,Oppa Hafizi ,Zakuan dan ramai lagi....

Thanks to kakak Atin,Lala,Mirrah,Dayah Wan,Chu,kak Jannah Comel,Putri dan ramai lagi...

Insyaallah,peluang yg km ada ni akan km gunakan sebaik mungkin utk mengubah destini anak bangsa kita..

UiTM.....Usaha Taqwa Mulia.....



PUNCAK..... DI HATI !!!!!






Sabtu, 26 Mei 2012

All The Best & Good Luck

Assalamualaikum..

sedar tak sedar,esok kawan2 yg diterima masuk ke Matrikulasi akan mendaftar..Sat saja rasa masa berjalan...
UM pun daftar esok jugak...

Sapa2 yg dpt UITM @ UIA,pendaftaran 2-3 Jun...

Nak kata
All The Best kepada kawan2 yg akan mendaftar ke matrikulasi terutamanya Kolej Matrikulasi Kedah(KMK) dan UM... Kawan2 SMKSB,Good Luck,Always keep in touch ok....
*kwn2 yg nak mendaftar di uitm & uia,good luck jugak tau ^_^

Insyallah,kejayaan akan menanti kita walau di mana pun kita belajar,asalkan kita berusaha,,,

Sekali lagi,Good Luck...

Selasa, 24 April 2012

Semakan keputusan kemasukan ke matrikulasi sesi 2012/2013

semakan keputusan kemasukan ke matrikulasi sesi 2012/2013 boleh  dibuat pada hari rabu,25 April 2012.semakan boleh dibuat di laman web http://www.moe.gov.my.

Para pelajar yang berjaya akan mendaftar pada 28 mei 2012.
Kepada pelajar yang tidak berjaya,permohonan boleh dibuat mulai 25/4/2012 hingga 13/5/2012.

sekian....

Sabtu, 7 April 2012

Maher Zain : Forgive Me... His second album

Assalamualaikum....

Maher Zain's  second album : Forgive Me
2 April 2012,tarikh di mana album kedua Maher Zain : Forgive Me berada di pasaran Malaysia..Mengandungi 14 track lagu  dan dijual dengan harga RM 29.90,nilai yang berpatutan....

 lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah:
*I love you so
*Number One For Me
*Mawlaya
*My Little Girl(feat Aya Zain,Maher Zain's one year old daughter)
*Forgive Me
*One Big Family
*Assalamu Alayka
*Paradise
*Masha Allah
*Radhitu Billahi Rabba
*Freedom
*So Soon
*Muhammad
*Guide Me All The Way


Untuk pengetahuan semua,Maher zain akan berada di Malaysia selama 3 hari bermula 6 april-8 april 2012...
kat bawah ni,ada jadual beliau sepanjang berada di Malaysia:

6 April 2012
0830 : live @ Nasi Lemak Kopi O TV9
1000: live starchat @ Gua.com.my
1200 : Wanita Hari Ini TV3
2200: live @ IKIM.fm

7 April 2012
0800:live@Selamat Pagi 1Malaysia TV1
2100: live @ Konsert FenoMania Astro Ria 104

8April 2012
1000:live@Assalamualaikum TV AlHijrah
1200:live@Propaganza astro Ria 104
1500 : Meet the Fans @ The Mines                                    sumber: Facebook Maher Zain

Jadi,jangan lepaskan peluang untuk bertemu beliau dan yang paling penting,jangan untuk mendapatkan album terbarunya,FORGIVE ME...seperti kata Maher Zain : "Buy original=Support Islamic Art :)"


Tahniah Pasukan Pantun SMKSB 2012 !!!


Assalamualaikum...

Pada 4 dan 5 April 2012,telah berlangsung Pesta Pantun Daerah Kota Setar 2012.Tapi,tahun ni SMK Sultanah Bahiyah tak menjadi tuan rumah,sebaliknya SMK Tunku Abdul Aziz yang menjadi tuan rumah....

dan Alhamdulilah,pasukan pantun SMK Sultanah Bahiyah berjaya mengekalkan kejuaaraan dan sekaligus mewakili Daerah Kota Setar ke Pesta Pantun Peringkat Negeri Kedah 2012....

Pasukan Pantun sekolah kita berjaya mengalahkan SMK Muadzam Shah di peringkat awal,diikuti SMK Bukit Payong pada peringkat Suku Akhir yang berlangsung pada hari pertama...

Hari Kedua,di pusingan Separuh Akhir,kita berjaya mengalahkan SMK Tunku Abdul Malek walaupun berlaku sedikit ketidakpuasan hati oleh pihak lawan....Perlawanan pada mulanya agak sengit,tetapi Alhamdulilah kita berjaya mengekalkan momentum untuk menang terutamaya selepas mendengar pihak lawan sering melakukan kesilapan terutamanya pembayang mereka yg kurang puitis.....Tetapi,ucapan tahniah diberikan kepada pemantun SMKTAM kerana menerima gelaran pemantun terbaik untuk pusingan separuh akhir tersebut........

dan Pada Peringkat Akhir,kita berjaya mengalahkan SMK Seri Ampang..kita juga berjaya mengekalkan gelaran pemantun terbaik apabila pemantun pertama kita,Nur Adriana Nor Azam dinobatkan sebagai pemantun terbaik...

Sebenarnya,tak semestinya pemantun terbaik akan sentiasa berada dalam pasukan yang menang,sebaliknya pernah berlaku pemantun terbaik berada dalam pasukan yang kalah...

Mengambil contoh,pada perlawanan akhir pesta pantun Daerah Kota Setar 2010,pasukan SMK Sultanah Bahiyah bertemu dengan Pasukan Kolej Sultan Abdul Hamid(KSAH)... Kemenangan berpihak kepada pasukan SMKSB namun gelaran pemantun terbaik disandang oleh pemantun KSAH....

Gelaran pemantun terbaik dinilai berdasarkan prestasi seseorang pemantun,bukannya seluruh pasukan... Jadi,tak menjadi suatu perkara yang luar biasa apabila pemantun terbaik berada dalam pasukan yang tewas....

Kesimpulannya,keputusan sudah diumumkan,menang kalah adat pertandingan....setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya....Bersyukurlah dengan setiap keputusan yang kita terima....Jika kita menang,Alhamduliah,ia menunjukkan komitmen pasukan tersebut....

Dan jika kita tewas,tak bermakna kita terlalu teruk,tetapi ada lagi aspek2 yg perlu kita perbaiki untuk bersaing pada tahun2 hadapan.. Janganlah kita saling menuding jari,tuduh-menuduh menyatakan ketidakpuasan hati kita kerana pihak juri lebih arif menilai kita.....

Wallahualam......

Selasa, 27 Mac 2012

Halatuju Selepas SPM .....



Assalamualaikum

Alhamdulilah,keputusan SPM 2011 dah dikeluarkan..
Jadi,tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya memperoleh keputusan yang cemrlang...
Kepada yang kurang cemerlang,jangan sedih...perjalanan baru bermula...

Sebenarnya,lepas keputusan SPM diumumkan,banyak laluan untuk kita lalui lepas ni bagi menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...

Ada yang akan ke matrikulasi,tingkatan 6,Diploma,maktab,Asasi mahupun Politeknik....

Kita sememangnya perlu bersyukur kerana sekarang banyak IPTS dan IPTA yang ada di Malaysia..

Kalau dulu,ada berapa buah sahaja IPTA,jadi susah la untuk pelajar yang kurang cemerlang menyambung pelajaran... tapi sekarang,banyak peluang ada untuk kita sambung belajar...

Yang penting,kita kena rajin mencari maklumat mengenai peluang2 belajar lepas SPM ni.. Insyaallah,kita mampu sambung belajar lepas ni...

Kepada yang cemerlang,tentu sedang mencari tempat yang terbaik dan biasiswa pengajian... Kini,terdapat pelbagai biasiswa untuk pelajar menyambung pelajaran sama ada di dalam mahupun luar negara...

Kesimpulannya,peluang belajar untuk kita sama ada yang berjaya dengan cemerlang ataupun kurang cemerlang banyak..Yang penting,usaha kita untuk mencarinya...

Tak kisahlah,selepas ni kita nak masuk Matrikulasi,Asasi,Diploma,Maktab,Tingkatan 6 atau Politeknik sekali pun,yang pasti,lepas ni persaingan semakin sengit,jadi berusahalah untuk menjadi yang terbaik di Institusi pengajian yang akan kita sertai,.....


Apa pun,semoga berjaya mencari tempat untuk menyambung pelajaran selepas ni... :D

Wassalam....

Sabtu, 17 Mac 2012

kEPUTUSAN SPM 2011 !!

Keputusan SPM 2011 diumum Rabu ini

PUTRAJAYA 14 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan diumumkan pada 21 Mac ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon SPM boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari sama.

"Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri, tempat mereka mendaftar," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui mySMS dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran dengan setiap nombor itu dijarakkan dan dihantar ke 15888.

"Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi dan akan ditamatkan pukul 12 malam 27 Mac ini," ujar kenyataan itu.

Sementara itu, pengumuman analisis keputusan pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, bangunan Kementerian Pelajaran di sini pada pukul 9 pagi, hari yang sama.

Seramai 468,808 calon mendaftar telah menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun lalu


Sumber :

Utusan Malaysia Online,15 Mac 2012 , Khamis

Khamis, 8 Mac 2012

STPM 2011..tahniah Bahiyah !

Assalamualaikum....

semalam,hari Rabu,7 Mac 2012 telah diumumkan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011.Alhamdulilah,SMK Sultanah Bahiyah berjaya mengekalkan rekod lulus 100 % untuk tahun ke-4 berturut-turut. Tahniah kakak2 semua...

Di bawah ni,ada keratan akhbar Utusan Malaysia mengenai STPM Negeri Kedah & kejayaan manis SMKSB



ALOR SETAR 7 Mac - Sebanyak 94.29 peratus daripada keseluruhan 3,836 calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 memperoleh keputusan lulus penuh dalam keputusan yang diumumkan di sini hari ini.

Timbalan Pelajaran Kedah, Roslee Ismail berkata, keputusan tersebut bagaimanapun didapati menurun sebanyak 1.01 peratus berbanding 2010 yang mencatatkan prestasi lulus penuh sebanyak 95.3 peratus.

"Di samping itu, sebanyak 26 sekolah telah mencapai keputusan mengatasi pencapaian peringkat nasional melebihi 93.96 peratus berbanding hanya 19 sekolah pada 2010," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.


Kalau nak baca lagi ,klik link kat bawah ni :


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm

*SMK Sultanah Bahiyah semalam masuk berita TV1,Utusan Malaysia ada gambar sekolah kita :D


Semoga,keputusan SPM 2011 juga sebaik STPM 2011,Insyaallah....

Rabu, 29 Februari 2012

29 Februari 2012... tahun lompat


Assalamualaikum....lama tak update blog ni...

hari ni,29 Februari 2012,hari yang muncul pada tahun lompat,iaitu 4 tahun sekali....
mengikut wikipedia:

Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomiataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.

Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac.


Jadi,kepada sesiapa yang lahir pada 29 Februari,selamat hari lahir..... Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...,Insyallah... :)

Tahun 2012 adalah tahun yang dikurniakan oleh Allah SWT sehari lebih daripada tahun2 sebelumnya....Jadi,gunakanlah kelebihan ni sebaik mungkin ya....


wassalam...


Rabu, 1 Februari 2012

Tarikh SPM 2012

assalamualaikum..

pada hari Jumaat yang lalu,iaitu 27 januari 2012,akhbar The star telah menyiarkan tarikh keputusan SPM yang bakal keluar pada 22 mac 2012.. berikut adalah keratan akhbar tersebut,baca lah ye ...

SPM results set to be released on March 22

PETALING JAYA: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) results are expected to be released on March 22.

“The date is in our management calendar, but the Malaysian Examinations Syndicate (MES) will confirm this nearer the date,” an Education Ministry official said yesterday.

A total of 468,808 candidates sat for the SPM examination at 3,533 centres nationwide from Nov 14 to Dec 14, last year.


Ni antara inipati laporan akhbat tersebut,kalau nak baca penuh klik link kat bawah ni ;

Click Sini


Selasa, 3 Januari 2012

Back To School 2012 !!!!!


Assalamualaikum...

Alhamdulilah..hari ni,bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2012...Selamat bersekolah ye adik2 semua....Hari ini,semuanya dah berubah kelas..ada yg nak masuk tahun 1,tingkatan 1 dan sebagainya......

Tapi,thn ni istimewa sebab yuran persekolah yg berjumlah lebih kurang RM 24.50(bg sekolah rendah) dan lebih kurang RM 33.50(bg sekolah menengah) tak perlu dibayar...Syukurlah...sekurang-kurangnya,keprihatinan pihak kerajaan dapat mengurangkan beban ibu bapa...Tapi,yuran2 lain seperti sumbangan PIBG,majalah sekolah dan yuran2 tambahan masih perlu dibayar...mujurlah,bantuan RM 100 diberikan bagi mengurangkan sedikit beban kewangan ibu-bapa.....Alhamdulilah...

Bagi kita,yg baru habis SPM,rasa agak janggal sebab tak pi sekolah...tak jumpa cikgu,tak pakai uniform dll...maklumlah,lebih 10 tahun kita pi sekolah kan....Apapun,manfaatkanlah masa yg kita ada ni untuk buat aktiviti2 yg berfaedah ya....

Jadi,Selamat memulakan persekolahan bagi sesi 2012...belajar rajin2....

Wassalam....