Selasa, 5 Julai 2011

HAC SMKSB 2011



Assalamualaikum....

Alhamdulilah,hari ni Selasa,5 Julai 2011,SMK Sultanah Bahiyah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2011 dengan jayanya...Keseluruhannya,semuanya berjalan dengan rapi...

Bermula dengan bacaan Yassin oleh Ustaz Yusof Salleh pagi tadi bagi menambahkan lagi keberkatan daripada Allah SWT,HAC SMKSB sekali lagi sudi dihadiri oleh Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah serta dif-dif kehormat...Merafak Sembah Menjunjung Kasih Tuanku Berdua..
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis pada hari ini....Tahniah juga kepada semua penerima hadiah tahun ini....Seseungguhnya,anda merupakan pelajar bertuah kerana berpeluang menerima hadiah daripada Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah...

Persembahan pun nyata mantap dan berjalan lancar...Tahniah kepada semua sekali lagi...

Kalau sebelum ni,Pelajar cemerlang PMR & SPM dapat wang sagu hati tajaan Yayasan Sultanah Bahiyah....tapi Alhamdulilah,tahun ni semua penerima hadiah dapat duit....
Terima kasih YSB,Koperasi SMKSB,PIBG SMSKB & Persatuan bekas pelajar SMKSB yang sudi memberikan sedikit sagu hati kepada kami semua....

Moga-moga,tahun depan,HAC SMKSB lebih meriah dan diserikan lagi dengan keberangkatan Tuanku Berdua,Insyaallah...

Wassalam,
SMKSB 2011

Tiada ulasan: