Rabu, 29 Jun 2011

Fenomena DOMO-kun

Photography Graphics, Tumblr Photography


Apa sebenarnya DOMO-kun ni?
Benda ni dah jadi satu fenomena di sekolah-sekolah menengah skrg ni.
Sehinggakan adik kami yg form 4 tu pun ikut beli benda ni.
Kata depa kat sini susah nak dapatkan DOMO-kun ni.
Nak beli kena tempah, sanggup budak-budak ni habiskan duit.
Haish. Patung, key-chain, button, mcm-mcm laa.
Bukan kat kedai tiada jual benda alah ni, cuma susah nak dapatkan.
Limited kot. Hehe.
Siapa cipta? Entah laa, yg sy tahu benda ni dari Jepun.
Org Jepun ni mmg kreatif kan. Mcm-mcm boleh buat duit.
Nak tahu lebih lanjut kat SINI
Apa-apa pun, kami tak rasa benda tu cute. Haha. Kejam betol.


assalamualaikum,ni ada jumpa tips2 belajar yang baik oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.bagus ni
# Tahu petua-petua agar tidak lupa:

  • jangan makan kepala ikan

  • jangan makan organ dalaman

  • jangan minum semasa makan

  • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut

  • jangan melihat kemaluan

  • jangan melihat buih

  • jangan membaca nama pada batu nisan

  • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain

  • banyakkan makan kismis, kurma dan madu

  • banyakkan makan kekacang

  • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan

  • jangan makan sehingga terlalu kenyang

  • * jangan kencing berdiri




# Tahu kemahiran mengingat:

  • tampal nota-nota penting di dinding

  • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah

  • gunakan kaedah akronim

  • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

  • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil




# Cekap mengatur jadual belajar:

  • mempunyai jadual belajar

  • patuh kepada jadual

  • buat jadual yang boleh diikuti

Debaran menanti Percubaan SPM



assalamualaikum,,apa khabar semua?? dah lama sha tak posting kat blog ni...bila fikir2 balik kan,,trial dah nak dekat kan??? study apa tak lagi....mana tak nya,,homework selori cikgu bagi..kalau nak diikutkan memamg dah tak sempat nak study last2 minute,,tapi nak buat mcam mana..percubaan pun dah rasa takut apatah lagi laaa SPM...pastu,bila tgk widget countdown dekat tepi tu,rasa semakin takut..hahahha sapa la yang letak tu kan..so,sha harap hampa semua pun tak jadi macam sha ,tak study2 lagi...ok la.byee,,

Sabtu, 25 Jun 2011

Doa doa yang boleh diamalkan dalam hidup

Kita selalu bersuka ria dan anggap semuanya tak ada apa-apa. Tapi sebenarnya dalam hati kita, tersimpan satu rahsia, satu perkara, satu cerita yang tak mungkin ada orang tahu.

Kita selalu berlagak macam tak ada apa-apa. Tapi sebenarnya salah sebab itu semuanya tipu. Kita memang ada sesuatu perkara yang terpendam dalam hati tapi kita tak taw nak luahkan kepada siapa.




Ya Allah ~ Kuatkan hati hambaMu ini dan hati si dia. Sesungguhnya bukan ini pengakhiran yang kami inginkan. Hanya padaMu Ya Allah, kami bersujud dan memohon kekuatan dan ketabahan dariMu. Kami sama-sama salah dan ketika kami mula sedar, semuanya sudah terlambat. Kami tak mampu untuk mengubahkan apa-apa yang sudah terjadi.

Ya Allah ~ Tatkala airmata mengalir, Kau berikanlah ketenangan kepada kami agar kami sama-sama dapat berfikir dengan baik. Sesungguhnya Kau lah Maha Mendengar rintihan-rintihan kami.

Ya Allah ~ Aku tahu bahawa semua perkara yang sudah terjadi ini tak mungkin akan berubah selepas ini. Cuma aku mohon kepadamu. Hubungan yang sudah sedia ada ini, jangan Kau putuskan. Sekurang-kurangnya Kau berikanlah kami peluang untuk lebih mengenali antara satu sama lain dan kenal isi hati budi kami

Ya Allah ~ Sekiranya si dia adalah jodoh aku, Kau panjangkan lah jodoh kami sehingga ke akhir nafas kami. Kau tariklah nyawa aku dengan wajah dia adalah wajah yang terakhir aku dapat tatap dan Kau berikanlah aku peluang pergi kepadaMu dengan mengetahui bahawa Dia adalah yang terbaik untuk aku. Sesungguhnya, aku menyintai dia kerana dia menyintaiMu

Ya Allah ~ Sekiranya dia bukan untuk aku, bawa lah aku pergi jauh dari semua ini. Kau temukanlah aku dengan seseorang yang mampu memberi aku senyuman dan kebahagian yang aku cari selama ini. Dan kau berikanlah si dia jodoh baik-baik, yang dapat menemani dia siang dan malam, susah dan senang. Kau lindungkan lah dia dari perkara yang tak diingini

Ya Allah ~ Perkenankanlah doaku ini. Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang mencari sinar kebahagian dan kegembiraan dalam hidupnya di atas muka bumi ini. Aminn ~

Ahad, 19 Jun 2011

Karangan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 SMKSB

Usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk Membantu Meningkatkan Taraf Hidup Orang Kurang Upaya (OKU)

Dalam kerancakan masyarakat sarwajagat bergerak seiring bayang-bayang pemodenan, kebajikan golongan kelainan upaya semakin mendapat perhatian orang ramai. Walaupun golongan kelainan upaya mempunyai kecacatan minda, anggota badan, deria, dan sebagainya, namun, golongan ini mempunyai hak yang sama rata dengan manusia biasa dan dengan bantuan orang ramai. Kemampuan mereka membuktikan bahawa mereka mampu ”duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” seperti insan normal yang lain . Persoalannya,apakah prakarsa dan tindakan proaktif yang dapat diambil oleh segenap individu untuk membantu golongan ini? (80 patah kata)

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) seharusnya diberi peluang dalam bidang kerjaya. Bengkel,kursus dan latihan kemahiran serta pertukangan patut diberikan oleh kerajaan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya golongan kelainan upaya dapat menyara hidup sendiri. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan yang lain berperanan dalam memastikan golongan ini mendapat hak pekerjaan yang sama rata dengan orang lain. Sebenarnya,golongan ini mempunyai kemahiran yang dapat digilap menjadi permata yang amat berharga dan berpotensi maju di persada antarabangsa. (77 patah kata)

Selain itu, untuk menjaga kebajikan insan istemewa ini pihak kerajaan yang prihatin wajar menyediakan kemudahan khas di tempat awam. Kontraktor-kontraktor perlu mempertimbangkan keperluan Orang Kelainan Upaya (OKU) semasa membina perhentian bas, kompleks membeli-belah, bangunan pejabat dan sebagainya. Kemudahan seperti tandas khas, tempat meletak kereta khas dan tempat duduk khas perlu disediakan untuk memudahkan golongan masyarakat ini. Misalnya, di Brickfields, Kuala Lumpur, laluan pejalan kaki khas telah dibina untuk memudahkan pergerakan orang buta. Oleh itu, secara tegasnya, kemudahan khas perlu disediakan untuk memelihara hak golongan kelainan upaya supaya mereka tidak dipinggirkan dan didiskriminasikan. (92 patah kata)


Seterusnya, kemudahan dalan pendidikan amat diperlukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU). Hal ini demikian kerana dengan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan ilmu, golongan ini dapat menempuh kehidupan yang berliku-liku dan serba mencabar ini. Penubuhan sekolah pendidikan khas di seluruh pelosok negara telah membuka peluang yang seluas-luasnya untuk ibu bapa menghantar anak-anak istimewa mereka ke sekolah. Dengan kurikulum khas, pelajar-pelajar istimewa ini akan dapat berkomunikasi dengan orang lain melalui bahasa isyarat. Perkara ini secara langsung akan melahirkan masyarakat kurang berupaya yang berilmu, berketerampilan dan berjaya. (86 patah kata)

Di samping itu, taraf hidup golongan istimewa ini dapat ditingkatkan dengan bantuan kewangan. Bantuan kewangan ini amat diperlukan oleh sebahagian daripada mereka untuk mendapatkan keperluan asas untuk keluarga, menyara perbelanjaan pendidikan anak-anak dan sebagainya. Selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, orang ramai perlu bermurah hati dan ikhlas dalam memberi sumbangan kepada mereka. Hal ini demikian kerana tuhan telah menganugerahkan kita dengan kecergasan anggota serta kesihatan minda dan kita bertanggungjawab membantu individu-individu yang memerlukan bantuan kita. (75 patah kata)

Kesimpulannya, terdapat pelbagai tindakan yang dapat kita usahakan untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) tanpa mengira agama, bangsa dan budaya kerana ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni.. Usaha kerajaan Malaysia untuk untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara atas angin tidak akan berjaya tanpa kerjasama menyeluruh daripada semua pihak, termasuklah golongan kelainan upaya. Justeru, bersama-samalah kita menghulurkan bantuan kepada individu-individu yang kurang bernasib baik agar nusa tercinta kita akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang. (77 patah kata)

(503 patah kata )

Jumaat, 10 Jun 2011

Back TO School


Assalamualaikum...
ishh...dah nak habis dah cuti 2 minggu kita ni kan..
Harap2 homework dah siap,semua kelengkapan pun dah siap la sebelum sekolah buka...
Selamat menjalani semula kehidupan sebagai seorang pelajar...
Study Hard For Our Future...

Good Luck....

Belajar rajin2.....

Jumaat, 3 Jun 2011

Salam Dari Taiping...

Assalamualaikum semua...

lama betul x jnguk blog ni...
rjin thirah update blog..
truskn usaha anda!! huhu..

kat taiping mcm2 bnda jadi..
smkin hari smkin busy
dgn homeworknya,
kelas excell,
slot g10,
slot bintang,
n seminar..
kdg2 rsa mcm nk mletup je otak ni..

tpi nk wat cmne,dh nama pun nk SPM..
plus,kitorg kna try dptkn blik title no.1...

mm..
pstu ade integration nite..
utk rpatkn bond sr-jr.
best la jgak..

nnti bkak skolah ade
Hari Puteri= seminar fizik+xplorace+ladies nite(tema=modern muslimah)
mlm persahabatan( tema= rock the seasons)
E-nite(tema=neon)
annual dinner(tema=duke n duchess-brown.black and white)

byk kn???
tu pun xtau nk pkai bju ape..
hmm....

rindu kt korg sume...

okla,xtau nk tulis ape dh...
ciao!

wassalam..
imah/hermit crab/tommy/timah tahir/fai/tim/timah/double t/kartun..