Khamis, 5 Mei 2011

SMKSB teruskan kecemerlangan,Selamat Bersara Cikgu Azizah! & PPT 2011

Assalamualaikum....

Alhamdulilah,selepas 2 minggu Pasukan Pantun SMK Sultanah Bahiyah mendapat tempat kedua PEsta Pantun Negeri Kedah,kali ni,Pasukan Kawad Kaki sekolah kita mengekalkan kecemrlangan..3 wakil SMKSB,Kadet Polis,ST.John dan Kadet Remaja Sekolah(KRS) berjaya mendapat tempat bagi kategori yang dipertandingkan...Tahniah & syabas kepada Pasukan Kadet Polis dan St.John yang menjadi johan Kawad Kaki Daerah bagi kategori masing2..Manakala Pasukan Kadet Remaja Sekolah memecahkan tradisi dengan mendapat tempat ketiga dalm kategori yang disertainya...Tahniah kepada semua yang terlibat...Semoga selepas ini,SMKSB mengekalkan rentak kecemrlangan dalam bidang Kokurikulum dan lebih penting,dalam bidang Akademik..

Hari ni,5 Mei 2011,seorang lagi Guru Sains sekolah kita bersara setelah lebih 30 tahun beliau menabur bakti di SMKSB.Beliau adalh cikgu sains Form 1 kita,merangkap kawan baik Sir Yeong Seong Loo,iaitu Cik Azizah Hamid..Cikgu Azizah bersara ketika usianya 58 Tahun...Beliau lebih mengenali SMKSB kerana beliau merupakan pelajar SMKSB pada tahun 60-an...memang SMKSB sehati sejiwa dengan Cg.Azizah..
SELAMAT BERSARA CIKGU AZIZAH
TERIMA KASIH MENDIDIK KAMI,MENCURAH ILMU,MENABUR BAKTI KEPADA KAMI,ANAK2 DIDIK CIKGU
TERIMA KASIH CIKGU !!!!

lagi seminggu,Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula...Ya Allah,gentarnya...PPT bermula 12 Mei 2011 hingga minggu akhir persekolahan sebelum Cuti Semestar...Satu jangka masa yang panjang,mendebarkan dan memeritkan...
Kepada semua Pelajar SMK Sultanah Bahiyah terutamanya 5SC1 & AHLI 3K1 2009,sediakan diri anda secukup & semantap yang boleh dengan ilmu2 yang berkaitan..
Insyaallah,kita boleh...

Kalau Kokurikulum SMKSB sentiasa cemerlang,sudah tentu akademik lagi lebih Gemilang & Terbilang,kan.....

Sesiapa yang membaca post ni,doakan kami semua diterangi hati dengan Nur Allah,dimudahkan oleh Allah untuk menimba,memahami,menghafal & mengamalkan setiap ilmu yang telah & bakal dipelajari demi kejayaan hidup di dunia & Akhirat...Insyaallah..

Wallahualam...

Tiada ulasan: