Jumaat, 27 Mei 2011

.SELAMAT HARI GURU 2011 !!! part 2

Ni la jawapan untuk pantun tadi tu ....

1) Hitam Manis tampan orangnya,
Ustaz baru gelaran diberi,
Pengganti Ustaz Lamin itulah dia,
Siapakah tuan empunya diri???


jawapan :

Puteri Bahiyah jiwanya murni,
Sentiasa ceria menyeri suasana,
USTAZ GHANI datang ke sini,
Mendidik kita jadi berguna....


2) Bermain golf bersama pelajar,
memberi salam bertegur sapa,
Subjek IT beliau mengajar,
Guru kita namanya apa??


jawapan :

Negeri Kedah jelapang padi,
tempat tinggal anak pangeran,
Guru kita CIKGU RASIDI,
Sentiasa tenang tempuh cabaran.


UNTUK AYAH KITA PUN ADA ...
DENGAR YA..

" USTAZ LAMIN KAMI INGATI,
WALAU DI MANA BELIAU BERADA,
JAUH DI MATA DEKAT DI HATI,
ILMU DICURAH MEKAR DI DADA "


Terima Kasih Ustaz atas apa jua ilmu yang ustaz curahkan....Insyaallah,Ustaz Sentiasa kami ingati,sayang ustaz...rindu ustaz,sedih la tahun ni Ustaz dah tak sambut hari guru kat smksb...

Tiada ulasan: