Isnin, 30 Mei 2011

Graha Bahasa

Assalamualaikum..
Kat bawah adalah senarai frasa-frasa menarik yang telah diolah daripada jawapan-jawapan terbaik pantun...Bolehlah digunakan untuk GRAHA BAHASA yee...


• Remaja bestari harapan negara
• Sains teknologi menjadi taruhan
• Sekolah lestari nama tersohor
• Modal insani kian gemilang
• Bahasa rasmi megah berdiri
• Indah santunnya kini dicabul
• Sains menjana ekonomi negara
• Teknologi pasti menjana kehidupan
• Sahsiah remaja penentu kejayaan
• Pembangunan negara pesat membangun
• ICT menjana katalis negara
• Lahir pemimpin kebanggaan negara
• Menzahir pemimpin bertaraf dunia
• Insani cemerlang pemangkin negara
• Budaya Tradisi Ditelan Zaman
• Pelajar ternoda gelagat tercemar
• Pasti terhalang kemajuan negara
• Tradisi menghilang alpa nak watan
• Tak kan hilang arus pemodenan
• Pemimpin wibawa membangun leka
• Pemimpin terluka penuh dusta
• Perkembangan dunia di hujung jari
• Sains menjana ekonomi negara
• Teknologi menjana hasil negara
• Maju diri harapan keluarga
• Disiplin dibentuk kejayaan dinanti
• Tempuh halangan iltizam dibina
• Rakyat bersatu maju negara
• Dijulang ilmu nak watan cemerlang
• Hormat dijalin tingkat perpaduan
• Fikiran terbuka pencetus jaya
• Sejarah dilupa alpa nak watan
• Industri kita dijulang serata
• Tatkala rebah disimpang jalan
• Terus menjadi slogan semata
• Dijajah mental jadi ikutan
• Kendiri tak kukuh bangsakan runtuh
• Irama hiburan jadi ikutan
• Gelora jiwa memandang harta
• Ikut naluri badan binasa
• Zaman berubah tradisi tersepit
• Kesalahan diri akui tiada
• Hasutan syaitan beraja di hati
• Diri terleka diulit alpa
• Diendah tiada pegangan agama
• Disiplin diri sirna di jiwa
• Iman & taqwa terkubur di dada
• Jiwa remaja mencari hiburan
• Maklumat kini dihujung jari
• Kendiri tak kukuh bangsakan runtuh
• Pentingkan diri iltizam tiada
• Panahan tradisi tersasar di hati
• Harta dunia dikejar serata
• Akal nak watan terus melara
• Kilauan intan kaburkan mata
• Matlamat tiada jiwanya layu
• Semangat tiada hangus di jiwa
• Syaitan duniawi menggoda jiwa
• Diulit bayangan budaya Barat
• Iltizam tiada watan kecundang
• Rukun dicita tiada diendah
• Nafsu serakah menggoda jiwa
• Didikan agama sirna di jiwa
• Benteng iman runtuh di jiwa
• Tercabul budaya tercabar bahasa
• Runtuh bangsa tandusnya iman
• Kendiri tak kukuh bangsakan runtuh
• Cergas fikiran paksi diminda
• Bimbingan guru jadi taruhan
• Perkasa akal budi tingkat wibawa
• Tingkatkan prestasi jana evolusi
• Majukan diri iltizam dibina
• Bakti disemai demi negara
• Makmur bangsa membangun negara
• Tempuh halangan bina iltizam
• Perkasa bahasa kepentas dunia
• Akal fikiran kritis selalu
• Kilauan intan jangan dihirau
• Sematkan cinta untuk negara
• Kukuh berpadu disemai sentiasa
• Langkah sederap kita bersama
• Memunggah realiti mendustai visi
• Manfaatkan ilmu demi negara
• Wawasan dijana pasti Berjaya
• Teknologi dijana bangun negara
• Tradisi ilmu mekar di hati
• Membangun negara mengangkat martabat

Jumaat, 27 Mei 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA MALAYSIA 2011




Assalamualaikum semua...
kita ni belia kan??
Belia merupakan komponen penting dalam negara..
kitalah yang akan menjadi pewaris negara suatu hari nanti,Insayaallah...

Tahun ni,Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan HIMPUNAN SEJUTA BELIA 2011 DI PUTRAJAYA,27-29/5/2011...best sangat...
macam2 aktiviti disediakan & semuanya percuma...
NAK PI....
acara kemuncak,KEMNCULAN SUPER-JUNIOR M di PUTRAJAYA pada 28/5/2011....DAN konsertnya secara percuma...wah,baik hati betul la Kerajaan Malaysia,terima kasih Malaysia...
dengar kata,PM KITA,DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK JUGA akan tengok konsert tu..HEBAT NYA....


SELAIN ITU,
DATUK NAJIB juga nak tengok bola"live" MU VS BARCELONA DI PUTRAJAYA 29/5/2011,2.45pagi ni...sporting betul Datuk Najib...Datuk Najib sokong MU, tapi km PILIH BARCELONA....hehehe...

apa pun,tahun ni memang meriah dengan 1001 aktiviti,teringin nak join...
yang pasti tahun depan lagi meriah keRana TAHUN 2012:TAHUN BELIA NEGARA...

SELAMAT HARI BELIA SEMUA:BELIA PEMANGKIN TRANSFORMASI

SELAMAT BERCUTI !!!


Assalamualaikum semua...
Alhamdulilah,cuti dah sampai,boleh la rehatkan minda setelah melampa minda sepanjang mid-year exam ni...

tapi jangan lupa homework tau,peta minda ka, apa2 jua tugasan kena buat tau..

INGAT KITA KENA POSITIF,JANGAN NEGATIF,JANGAN SOMBONG....(mcm Pn.A cakap)

kerja paling teruk BM,cg tu bagi Masyaallah,macam cuti sebulan...ni la kerja sekolah dia:

* Peta Minda Novel + antalogi
* Karangan 5 bintang,50 salinan...
* Graha bahasa...

baca macam sikit,tapi,dalam setiap bahagian,kerja sekolah rumit...Sabo je le...

CUTI2 NI,RAMAI YANG PI UMRAH,BUAT CIKGU2 SMKSB, SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH,SEMOGA SELAMAT PERGI DAN BALIK"...ANTARA YANG PI NI IALAH AYAH SEJARAH KITA,CG.ISMAIL AWANG KECHIK;VOKALIS BAHIYAH,USTAZAH CHE NASRAH;MAMA BIO KAMI,PN.KU SALMIAH;UMI KHB,PN.SH.NAEMAH,IBU SEJARAH TING.4 KITA MERANGKAP PENGASAS BASCAKI,PN.RAUDZAH DAN RAMAI LAGI.....bertuah depa...


SELAMAT BERCUTI DENGAN LAUTAN KERJA & TUGASAN...
*Hari terakhir sekolah,USTAZ LAMIN mai melawat sekolah...rindu dia,Alhamdulilah sempat juga tengok dia walaupun sebentar....
SELAMAT BERCUTI USTAZ,NANTI SELALULAH MELAWAT KAMI..KAMI RINDU USTAZ..

.SELAMAT HARI GURU 2011 !!! part 2

Ni la jawapan untuk pantun tadi tu ....

1) Hitam Manis tampan orangnya,
Ustaz baru gelaran diberi,
Pengganti Ustaz Lamin itulah dia,
Siapakah tuan empunya diri???


jawapan :

Puteri Bahiyah jiwanya murni,
Sentiasa ceria menyeri suasana,
USTAZ GHANI datang ke sini,
Mendidik kita jadi berguna....


2) Bermain golf bersama pelajar,
memberi salam bertegur sapa,
Subjek IT beliau mengajar,
Guru kita namanya apa??


jawapan :

Negeri Kedah jelapang padi,
tempat tinggal anak pangeran,
Guru kita CIKGU RASIDI,
Sentiasa tenang tempuh cabaran.


UNTUK AYAH KITA PUN ADA ...
DENGAR YA..

" USTAZ LAMIN KAMI INGATI,
WALAU DI MANA BELIAU BERADA,
JAUH DI MATA DEKAT DI HATI,
ILMU DICURAH MEKAR DI DADA "


Terima Kasih Ustaz atas apa jua ilmu yang ustaz curahkan....Insyaallah,Ustaz Sentiasa kami ingati,sayang ustaz...rindu ustaz,sedih la tahun ni Ustaz dah tak sambut hari guru kat smksb...

Khamis, 26 Mei 2011

.SELAMAT HARI GURU 2011 !!! part 1


Assalamualaikum...
selamat bercuti semua..

Alhamdulilah,PPT dah habis...rasa mcm habis SPM DAH ,hehheee...
Tak terlambat untuk km ucapkan SELAMAT HARI GURU 2011,"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Terima kasih cikgu2 dari CIKGU TADIKA,CIKGU SK & SAMPAI SEKARANG CIKGU2 SMK...
sayang cikgu...HARI TU,16/5/2011,SMKSB sebab buat sambutan perayaan hari guru walaupun waktu tu budak2 dah mula demam peperiksaan..Walaupun agak sibuk,tapi boleh la dianggap menghiburkan..ada teka pesonaliti cikgu,teka nombor plat kereta cikgu & anugerah cikgu...macam2 lg la...

ANUGERAH GURU2 SMKSB :

*ANUGERAH GURU POPULAR : CG.ASHARIZA
*GURU PALING BERGAYA : T.NABILA
*GURU PALING SPORTING : CG.ISMAIL

TAHNIAH CIKGU2..YOU ARE THE BEST :)


aDA JUGA PANTUN GURU TAU,MAKLUMLAH SEKOLAH PANTUN...

Aktiviti @ Hari Guru SMKSB : teka personaliti guru

1) Hitam Manis tampan orangnya,
Ustaz baru gelaran diberi,
Pengganti Ustaz Lamin itulah dia,
Siapakah tuan empunya diri???

2) Bermain golf bersama pelajar,
memberi salam bertegur sapa,
Subjek IT beliau mengajar,
Guru kita namanya apa??


JAWAB TAU,PUTERI2 BAHIYAH... :)

CIKGU MEMANG TERBAIK WALAU TAK MENANG ANUGERAH NI..

SAYANG CIKGU !!!!

Khamis, 5 Mei 2011

SMKSB teruskan kecemerlangan,Selamat Bersara Cikgu Azizah! & PPT 2011

Assalamualaikum....

Alhamdulilah,selepas 2 minggu Pasukan Pantun SMK Sultanah Bahiyah mendapat tempat kedua PEsta Pantun Negeri Kedah,kali ni,Pasukan Kawad Kaki sekolah kita mengekalkan kecemrlangan..3 wakil SMKSB,Kadet Polis,ST.John dan Kadet Remaja Sekolah(KRS) berjaya mendapat tempat bagi kategori yang dipertandingkan...Tahniah & syabas kepada Pasukan Kadet Polis dan St.John yang menjadi johan Kawad Kaki Daerah bagi kategori masing2..Manakala Pasukan Kadet Remaja Sekolah memecahkan tradisi dengan mendapat tempat ketiga dalm kategori yang disertainya...Tahniah kepada semua yang terlibat...Semoga selepas ini,SMKSB mengekalkan rentak kecemrlangan dalam bidang Kokurikulum dan lebih penting,dalam bidang Akademik..

Hari ni,5 Mei 2011,seorang lagi Guru Sains sekolah kita bersara setelah lebih 30 tahun beliau menabur bakti di SMKSB.Beliau adalh cikgu sains Form 1 kita,merangkap kawan baik Sir Yeong Seong Loo,iaitu Cik Azizah Hamid..Cikgu Azizah bersara ketika usianya 58 Tahun...Beliau lebih mengenali SMKSB kerana beliau merupakan pelajar SMKSB pada tahun 60-an...memang SMKSB sehati sejiwa dengan Cg.Azizah..
SELAMAT BERSARA CIKGU AZIZAH
TERIMA KASIH MENDIDIK KAMI,MENCURAH ILMU,MENABUR BAKTI KEPADA KAMI,ANAK2 DIDIK CIKGU
TERIMA KASIH CIKGU !!!!

lagi seminggu,Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula...Ya Allah,gentarnya...PPT bermula 12 Mei 2011 hingga minggu akhir persekolahan sebelum Cuti Semestar...Satu jangka masa yang panjang,mendebarkan dan memeritkan...
Kepada semua Pelajar SMK Sultanah Bahiyah terutamanya 5SC1 & AHLI 3K1 2009,sediakan diri anda secukup & semantap yang boleh dengan ilmu2 yang berkaitan..
Insyaallah,kita boleh...

Kalau Kokurikulum SMKSB sentiasa cemerlang,sudah tentu akademik lagi lebih Gemilang & Terbilang,kan.....

Sesiapa yang membaca post ni,doakan kami semua diterangi hati dengan Nur Allah,dimudahkan oleh Allah untuk menimba,memahami,menghafal & mengamalkan setiap ilmu yang telah & bakal dipelajari demi kejayaan hidup di dunia & Akhirat...Insyaallah..

Wallahualam...