Isnin, 11 April 2011

KEMBARA AMIRA


Assalamualaikum semua...
apa khabar ???

Alhamdulilah,hari ini,AHAD 10/4/2011....Para Pelajar Tingkatan 5 yang terpilih bagi seluruh Daerah Kota Setar diberi peluang untuk bersua muka dengan penulis novel KEMBARA AMIRA,CIKGU AMER HMZAH L.KADIR....
dan
pelajar-pelajar SMK Sultanah Bahiyah sangat bertuah...kesemua pelajar kita diberi peluang mendengar sendiri jayawara yang disampaikan oleh cikgu Amer sendiri...
kalau sekolah lain,mereka hanya menghantar 8 orang wakil sahaja...

JAYAWARA KOMSAS ini dianjurkan oleh PPD KOTA SETAR bersama dengan Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Utara...Para pelajar tingkatan 5 daerah Kota Setar amat bertuah kerana dapat mendengar sendiri penerangan mengenai Novel KEMBARA AMIRA daripada pengarangya sendiri...

Pelbagai aspek telah dikupas oleh beliau...

paling menarik ialah TEMA NOVEL KEMBARA AMIRA...
menurut Cikgu Amer,tema yang ingin dikemukakannnya ialah KASIH SAYANG.menurut beliau,terdapat banyak ikatan kasih sayang yang terjalin dalam novel ini.Antaranya :
*kasih sayang kekeluargaan :Prof.Zaidah-Amira
Tau-Ludin,Tau-Ipah-Sabi-Itai
Amira-Jacinta
dan ramai lagi...

* kasih sayang terhadap alam sekitar :Tau rela menyamar sebagai makhluk berbulu
untuk menakut-nakutkan pembalak haram.

huraian di atas adalah antara bukti yang mendokong tema kasih sayang..

Selain itu,menurut Cikgu Amer,terdapat unsur CINTA yang digarapnya dalam novel ini.
Unsur Cinta dapat dilihat apabila Amira resah setelah Itai tidak datang ke Desa Karpus sejak beberapa hari yang lalu setelah mereka terserempak dengan makhluk berbulu.Amira rela meredah hutan untuk ke perkampungan orang asli semai semata-mata ingin melawat Itai.inilah unsur cinta dalam novel kembara Amira...
Unsur Cinta ini dikupas sendiri Oleh penulisnya....jadi inilah kebenaran...

Sebelum Jayawara tamat,beliau ada membetulkan kesilapan dalam novelnya iaitu :

*Ejaan DULA pada halaman 182 .Sepatutnya dieja sebagai DULU
*Penambahan perkataan pada halaman 256(kalau tak silap..maaf tak ingat sebab tak bawa balik buku)Ayat "ternyata mobile disk itu rosak ...." sepatutnya "ternyata mobile disk itu TIDAK rosak..."

keseluruhannya,Jayawara yang berlangsung tadi memang menarik....
malah minat para pelajar untuk membaca sekali lagi novel ini semakin bertambah..
Lebih membanggakan,novel ini telah berada di NATIONAL LIBRARY OF AUSTRALIA...
inilah buktinya :

catalogue.nla.gov.au/Record/4180016

semoga kita berjaya mencapai markah 15 dalam bahagian KOMSAS BAHASA MELAYU kertas 2 SPM....amiin...

TERIMA KASIH CIKGU AMER HMZAH L.KADIR
DARIPADA KAMI PARA PELAJAR SMK SULTANAH BAHIYAH

wassalam...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih anak pelajar yang berusaha mencatat perjalanan program jerayawara tempoh. semoga anak pelajar menjadi insan yang cemerlang

Planet 3K1 berkata...

sama-sama..Insyaallah,kami akan menjadi insan yang cemerlang..minta maaf lambat balas sebab baru sempat buka blog...baru habis peperiksaan pertengahan tahun..

terima kasih kerana mengikuti blog ini....

Tanpa Nama berkata...

pembetulan kesilapan iaitu penambahan perkataan TIDAK pada ayat "ternyata mobile disk itu rosak ...." sepatutnya "ternyata mobile disk itu TIDAK rosak..."
adalah pada halaman 236, bukan 256.