Sabtu, 30 April 2011

A Trip To KL




Assalamualaikum...

Alhamdulilah,selamat juga kami sampai semula ke Kedah selepas 2 hari di KL..
Tujuan LAwatan Bermaklumat ini diadakan adalah untuk memupuk minat pelajar2 sains dalam Bidang Perubatan...

Ni la perjalanan kami:

*Hari Pertama,Rabu,27/4/2011 = 8.00pg,bertolak
3.00 ptg,pesta buku antarabangsa KL
7.00 mlm,check-in Grand Pacific Hotel
9.00 mlm,i-city Shah Alam

*hari kedua&terakhir,Khamis,28/4/2011 = 8.00 pg,to MSU
2.00 ptg,Pusat Sains
4.00 ptg ,bertolak balik
10.00 mlm,sampai SMKSB

keseluruhannya,lawatan ni boleh la dikategorikan sebagai lawatan 3 bintang.
Lawatan yang penuh maklumat & menyeronokkan,sekaligus menaikkan semangat kami untuk mengambil bidang perubatan...

Terima Kasih kpd P.Cik Razak,Driver Bas yg tak kisah bawa km ke serata Kl....
walaupun pak cik bawa laju waktu balik,tapi Pak cik mmg sproting,siap tlg beli Nasi Lemak kat km waktu mlm di Hotel tu...sebabnya,kami merap dia,suruh dia beli makanan sebab kami lapar memandangkan dinner sebelum Maghrib.(ni aktiviti sulit & persendirian,cikgu tak tau)

Harap2,lepas ni ada lagi trip macam ni...
Amiin

Rabu, 20 April 2011

Pesta Pantun Negeri Kedah 2011


Assalamualaikum.....
sihat...

Alhamdulilah,test April dah habis,Pesta pantun Peringkat Negari Kedah pun dah habis.
Keputusannya,alhamdulilah Daerah Kota Setar yang diwakili SMK Sultanah Bahiyah berjaya naik ke podium kedua di belakang SMK Ahmad Tajuddin,Daerah Kulim Bandar Baharu...

Ni la perjalanan SMKSB hari tu:

*PUSINGAN PERTAMA : Daerah Kota Setar vs Daerah Langkawi
*PUSINGAN KEDUA : Daerah Kota Setar vs Daerah Pendang.(Dalam pusingan,pemantun
terbaik disandang oleh Pemantun kedua SMKSB,Nur Athirah)
*SEPARUH AKHIR : Daerah Kota Setar vs Daerah Kubang Pasu
*AKHIR : Daerah Kota Setar vs Daerah Kulim Bandar Baharu.


Pemantun terbaik sekali disandang oleh pemantun KBB,pemantun yang sama macam tahun lepas (kalau tak silap,nama dia Abdullah Musyi kot).Dia pemantun pertama KBB..
Tahniah buat KBB

Doa kami buat SMKSAT,Daerah KBB;bawalah pulang sirih ke gagang semula...
tahun lepas,Negeri Kedah jadi Naib Johan(wakilnya sekolah yang sama macam tahun ni jugak)di belakang Negeri Sembilan....

Jangan lupa bawa balik sama gelaran pemantun terbaik kebangsaan...

Buat yang terbaik di Rompin,Pahang nanti...Amin..Insyaallah,Kedah Bolah !!!

Apapun,cikgu2 yang terlibat termasuk PK Ko agak berpuas hati dengan prestasi SMKSB...
semoga tahun depan & seterusnya,SMkSB dapat mewakili daerah Kota Setar & setreusnya mewakili Negeri Kedah ke Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan pula...Amiin...

Isnin, 11 April 2011

KEMBARA AMIRA


Assalamualaikum semua...
apa khabar ???

Alhamdulilah,hari ini,AHAD 10/4/2011....Para Pelajar Tingkatan 5 yang terpilih bagi seluruh Daerah Kota Setar diberi peluang untuk bersua muka dengan penulis novel KEMBARA AMIRA,CIKGU AMER HMZAH L.KADIR....
dan
pelajar-pelajar SMK Sultanah Bahiyah sangat bertuah...kesemua pelajar kita diberi peluang mendengar sendiri jayawara yang disampaikan oleh cikgu Amer sendiri...
kalau sekolah lain,mereka hanya menghantar 8 orang wakil sahaja...

JAYAWARA KOMSAS ini dianjurkan oleh PPD KOTA SETAR bersama dengan Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Utara...Para pelajar tingkatan 5 daerah Kota Setar amat bertuah kerana dapat mendengar sendiri penerangan mengenai Novel KEMBARA AMIRA daripada pengarangya sendiri...

Pelbagai aspek telah dikupas oleh beliau...

paling menarik ialah TEMA NOVEL KEMBARA AMIRA...
menurut Cikgu Amer,tema yang ingin dikemukakannnya ialah KASIH SAYANG.menurut beliau,terdapat banyak ikatan kasih sayang yang terjalin dalam novel ini.Antaranya :
*kasih sayang kekeluargaan :Prof.Zaidah-Amira
Tau-Ludin,Tau-Ipah-Sabi-Itai
Amira-Jacinta
dan ramai lagi...

* kasih sayang terhadap alam sekitar :Tau rela menyamar sebagai makhluk berbulu
untuk menakut-nakutkan pembalak haram.

huraian di atas adalah antara bukti yang mendokong tema kasih sayang..

Selain itu,menurut Cikgu Amer,terdapat unsur CINTA yang digarapnya dalam novel ini.
Unsur Cinta dapat dilihat apabila Amira resah setelah Itai tidak datang ke Desa Karpus sejak beberapa hari yang lalu setelah mereka terserempak dengan makhluk berbulu.Amira rela meredah hutan untuk ke perkampungan orang asli semai semata-mata ingin melawat Itai.inilah unsur cinta dalam novel kembara Amira...
Unsur Cinta ini dikupas sendiri Oleh penulisnya....jadi inilah kebenaran...

Sebelum Jayawara tamat,beliau ada membetulkan kesilapan dalam novelnya iaitu :

*Ejaan DULA pada halaman 182 .Sepatutnya dieja sebagai DULU
*Penambahan perkataan pada halaman 256(kalau tak silap..maaf tak ingat sebab tak bawa balik buku)Ayat "ternyata mobile disk itu rosak ...." sepatutnya "ternyata mobile disk itu TIDAK rosak..."

keseluruhannya,Jayawara yang berlangsung tadi memang menarik....
malah minat para pelajar untuk membaca sekali lagi novel ini semakin bertambah..
Lebih membanggakan,novel ini telah berada di NATIONAL LIBRARY OF AUSTRALIA...
inilah buktinya :

catalogue.nla.gov.au/Record/4180016

semoga kita berjaya mencapai markah 15 dalam bahagian KOMSAS BAHASA MELAYU kertas 2 SPM....amiin...

TERIMA KASIH CIKGU AMER HMZAH L.KADIR
DARIPADA KAMI PARA PELAJAR SMK SULTANAH BAHIYAH

wassalam...

Selasa, 5 April 2011

Pesta Pantun 2011 SMK SULTANAH BAHIYAH

ASSALAMUALAIKUM....

kawan2...good news
Alhamdulilah,sekali lagi pada tahun 2011 pasukan pantun SMK Sultanah Bahiyah berjaya mengekalkan kejuaraan Pesta Pantun Daerah Kota Setar sekaligus mewakili daerah Kota Setar ke peringkat Negeri Kedah pada 13/4/2011 di SMK Pendang...

DAN
yang lebih manis,pemantun pertama Sekolah kita;kawan 3K1 2009 kita berjaya menjadi pemantun terbaik....Tahniah...
kira Aisyatul syakira merupakan Pemantun Terbaik dalam seluruh daerah Kota Setar...
wahhhh...hebat....
tapi tahun ni lawan SMKSB di peringkat akhir bukan lagi dengan musuh tradisi Kolej Sultan Abdul Hamid.Agak mengejutkan sekolah yang pertama kali menyertai pesta pantun berjaya ke final...
sekolah yg dimaksudkan ialah SMS Pokok Sena a.k.a SAINA....
persaingan SMKSB-SAINA agak sengit....
masing2 ingin memberikan yg terbaik dan masing2 all out 100%...

kawan2
doakan yang terbaik buat SMK Sultanah Bahiyah yang mewakili Daerah Kota Setar
di Pesta Pantun Peringkat Negeri Kedah 2011 di Pendang nanti...Semoga kita sama2 menaikkan nama SMK Sultanah Bahiyah & menaikkan lagi prestasi PPD Daerah Kota Setar...

BARISAN PEMANTUN SMK SULTANAH BAHIYAH & DAERAH KOTA SETAR 2011:

pemantun pertama : Aisyatul Syakira Mohammad Azhar (ex-3k1 2009)
pemantun kedua : Nur Athirah Nor Azam (ex3K1 2009)
pemantun ketiga : Nur Adibah Nasir
pemantun keempat : Thohirah Wahab
pemantun kelima : Hanisah Idris