Rabu, 19 Januari 2011

Peringatan untuk Sahabat-sahabat ku yg Disayangi

I got this from my sister,saja nk share:

Terbaca ni dr blog Azzariyat.com (xingt plak btul ke ejaan) saja nak share utk peringatan bersama :). Kalo x sempat nk baca sekarang take your time bila2 free.tp jgn x baca.huhu..



Sebelum peperiksaan akhir semesta bermula, semua pelajar biasanya akan mengisi masa dengan belajar, belajar dan belajar. Dan yang paling ketara, jika hari minggu sabtu dan ahad biasanya ramai yang main ice skeating di Sunway Pyramid, ramai yang menonton wayang di pusat membeli belah mewah, Pavilion, namun satu minggu sebelum peperiksaan bermula, biasanya ramai yang memilih untuk ‘ bertapa’ dan mengasingkan diri di bilik masing-masing untuk belajar.

Situasi seakan-akan menampakkan bahawa peperiksaan memberi kesan yang begitu unik pada diri manusia. Yang solatnya jarang-jarang mungkin menjadi seorang yang penuh solat lima waktunya kerana masing – masing tidak mahu melepaskan peluang berdoa kepada Allah s.w.t supaya peperiksaan yang bakal berlangsung berjalan dengan lancarnya. Ada yang berdoa mendapat ketenangan ketika menjawab soalan peperiksaan, ada yang berdoa dijauhkan dari kecuaian ketika menjawab soalan peperiksaan, ada yang berdoa dimurahkan hati sensei untuk memberi markah yang banyak kepada kita. Segalanya doa tentang apa saja yang mendatangkan kebaikan kepada kita.

Namun yang menyedihkan, perkara sebaliknya mungkin berlaku apabila tamat saja musim peperiksaan. Bukan pada hari berakhirnya kertas terakhir peperiksaan, malah mungkin sebelum tamat peperiksaan lagi, ada yang sudah merancang mahu ke Pavilion kembali menonton wayang, mahu ke Sunway Pyramid semula main ice skeating dan mungkin ada juga merancang ke pusat-pusat karaoke menyanyi tak ingat dunia. Ini bukan situasi betul, ini adalah ‘mungkin’, dan jika ia benar-benar berlaku, ia kebetulan.

Sebelum dan semasa peperiksaan;

Kita selalu ingat Allah. Boleh kata setiap masa nak beristighfar, boleh kata setiap waktu nak berdoa.

Tapi kenapa bila tamat saja musim peperiksaan;

Kita kembali kepada kita yang dulu. Tiada lagi kita yang selalu ke surau berjemaah, tiada lagi kita yang berdoa dengan kusyuk kepada Allah, tiada lagi kita yang basah lidahnya dengan bacaan ayat ayat suci al-Quran seusai waktu solat.

Dan bila keputusan peperiksaan akan diumumkan, terdengar pula kisah ada yang gagal, ada yang bakal ditendang dari program JAD ( contohnya), ada yang kena mengambil peperiksaan ulangan;

Kita kembali kepada kita yang taat. Tunduk merendah diri dihadapan Allah berdoa memohon orang yang gagal itu bukanlah kita, berdoa supaya orang yang akan ditendang dari program JAD itu bukanlah kita, orang yang mengambil peperiksaan ulangan itu pun bukanlah kita.

Disitu dalam tidak sedar terlihat satu fitrah manusia. Fitrahnya kita, manusia ini lemah. Pantang diuji sedikit, hati dan jiwa kita cenderung memohon pada Pencipta kita. Bagus la tu! Siapa kata tak bagus. Memang kita diseru apabila susah, carilah Allah. Kerana kita orang Islam. Ada masalah, kita akan cari Pencipta kita, bukan cari laluan-laluan keretapi untuk membunuh diri macam yang biasa berlaku di negara matahari terbit ini. Tapi yang jadi tak bagus, kenapa bila kita senang, hati kita lari dari Allah. kita tak ingat lagi kepada Allah. Adakah sebab kita tidak tahu yang kesenangan itu pun ujian kepada kita.

Kita rasa kesibukan belajar itu ujian yang berat kepada kita, sedangkan kelapangan itu ujian besar juga kepada kita. Kita rasa kesedihan hidup itu ujian berat kepada kita, sedangkan kegembiraan yang dikecapi juga ujian sebenarnya. Kita rasa kesusahan hidup itu ujian yang berat dari Allah s.w.t sedangkan kesenangan hidup itu lagi menguji diri kita sebenarnya. Kenapa pula kelapangan, kegembiraan dan kesenangan hidup itu kita kata ujian?

Kerana apabila banyak waktu lapang, sebenarnya kita diuji bagaimana kita mengisi waktu lapang kita. Adakah dengan perkara yang mendekatkan diri kita dengan Allah atau lebih kepada pengisian keduniaan. Kerana waktu kita gembira, sebenarnya kita diuji adakah saat-saat kita gembira itu kita ingat kepada Allah yang memberi nikmat gembira itu. Kerana dalam kesenangan hidup, kita sebenarnya diuji ke jalan mana kita guna harta kita itu. Bukankah ujian kesenangan itu lagi berat dari ujian kesusahan hidup?

Kenapa pula kita nak ingat Allah masa susah saja? Sedangkan Allah jua membantu kita ketika sukar. Sedangkan Allah jualah yang melancarkan kehidupan seharian kita sehingga hari-hari yang kita lalui itu terasa mudah ditempuhi. Jangan menidak dan menafikan kerana segala yang berlaku dalam hidup kita tidak akan pernah berlaku tanpa keizinan Allah. Kalau memang Allah tidak izin, nasi yang nak suap ke mulut pun boleh tumpah ke lantai.( meminjam kata-kata seorang rakan)

Jadi layaklah kalau saya kata, orang macam ini ( termasuk diri sendiri), tak lain dan tak bukan macam kacang lupakan kulitnya. Malah labih teruk dari kacang sebab kacang hanya lupa kulitnya, kita ini lupa kepada Pencipta. Pencipta yang memudahkan kesukaran hidup kita, Pencipta yang Mendengar setiap doa kita saat kita dalam kesukaran, Pencipta yang memakbulkan doa kita. Pencipta yang nikmatnya tak putus diberikan. Boleh kata setiap nafas yang kita sedut dan hembus, ia bersama-sama dengan nikmat dari Pencipta.

Dia itu Pencipta kita, sememangnya tidak patut langsung dilupakan walaupun sesaat. Dia itu Pencipta kita, sememangnya tidak layak langsung cinta lain mengatasi cinta kita kepadaNya. Dia itu Pencipta kita, tidak layak langsung kasih dan sayang kita ini dicurah kepada selain Dia sedangkan yang memberi nikmat cinta, kasih dan sayang itu ,Dia juga.

Masa susah ingat, masa senang lupa. Terukkan kita? Tak kenang budi kan kita ni? Semua yang teruk ada pada kita, selagi kita ini lupa pada Allah walaupun sesaat!

“ Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.” ( al-baqarah : 152)





Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.

Yunus:12



Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi[980]; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.

Al-Hajj:11



Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya, kemudian apabila Tuhan merasakan kepada mereka barang sedikit rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebagian dari mereka mempersekutukan Tuhannya

Ar-Rum:33


sign
fatimah

Khamis, 6 Januari 2011

PINDAH !!!!!

Asssalamualaikum...
semua dah sekolah balik kan ???
Alhamdulilah...
blajaq elok2 tau

tapi kat SMKSB ni ada something yg agak sedih ni...
KIsahnya begini :
hari pertama sekolah,semua pelajar semangat la nak pi kelas....
dah siap cari tempat duduk semua,pengawas suruh beratur nak pi dewan.macam biasa,perhimpunan...
sementara nak tunggu cikgu2 & murid2 bersedia,kami pun mengalunkan nama2 Allah yg indah,Asmaul Husna...
bila tengok cikgu2,ramai yg baru,ada jugak cg lama yg tak kelihatan..
Antara yang tak kelihatan USTAZ LAMIN....
ada yg fikir dia cuti,ada jugak yang ingat dia pi tanda kertas PI SPM..
tapi
ada jugak yang kata USTAZ Pindah dah...
AhhHH???
ishh...tak boleh jadi ni
tak sedap hati..
hari ke2 pi sekolah,tak nampak pun dia...
baca Yassin pun bukan dia...
tak palah...
lepas tu pi hari3,dia pun tak dak...tapi takla syak dia pindah sbb ramai ustaz & ustazah x dak...
lepas tu,hari ni,hari ke4 sekolah...nampaklah dia @ Bilik Guru.....
tapi dia lain sikit...Ustaz pakai kopiah,selalunya songkok kan...
lega la tgk dia ada lagi....
ok,lepas tu pkl2,nak balik la...kawan 5sc2 mai,depa kata USTAZ LAMIN PINDAH !!!!
haa..pi mana ???

USTAZ PINDAH SMK HOSBA....
ehmmm...
ramai yg sedih dgr ustaz pindah terutamanya dari 3K1 2009 ....
ustaz byk nasihat kita mcm2 benda yg baru...
sayang dia tak dak dah di SMKSB....
tapi kita jgk dpt ustaz baru ..nama dia
USTAZ GHANI...

tak pa lah...
buat USTAZ LAMIN,selamat bertugas di sekolah baru...
insyaallah,kami akan mendoakan ustaz..
kami tak kan lupakan segala Tunjuk Ajar,nasihat & macam2 benda baru yg ustaz berikan...
TERIMA KASIH USTAZ.....

ok la..sampai di sini...
macam biasa kat sekolah dah mula homework..
minggu dpn,lthn rumah sukan dah start..aishhh
ni tak seronok ni...

ok la...
out dulu...
nanti post lg...
InsyaALLAh

Wassalam....

Ahad, 2 Januari 2011

Kembali Ke Sekolah !!!!

Selamat Kembali Ke sekolah sesi 2011 semua...
kita dah form 5...misi nak dptkan SPM cemerlang semakin rancak...
harap2 kita sungguh2 belajar demi diri,famili,sekolah & bangsa....
3K1 batch 2009 pasti cemerlang utk SPM 2011....