Jumaat, 30 Disember 2011

Tahun Baru 2012 & PLKN







Assalamualaikum......
razz

Alhamdulilah,kita dah sampai ke penghujung 2011....Tinggal lagi sehari saja kita nak melangkah ke tahun baru iaitu 2012...Insyaallah....moga-moga semuanya berjalan lancar....
Semoga tahun baru 2012 ni,diri kita dipersiapkan dengan selengkapnya sama adadari segi spiritual mahupun material..pendek kata,dari semua segi lah....

Memasuki ambang 2012 bermakna kita dah tamat SPM 2011 sekurang-kurangnya lebih 2 minggu...Ini juga bermakna kita yang bertuah juga akan menyertai Program Latihan khidmat Negara (PLKN) sesi 2012....Sebenarnya,menyertai PLKN memberikan 1001 manfaat dan pengalaman yang baharu buat pelatih2 yang terlibat walaupun kita sedaya upaya berharap agar kita tidak disenaraikan untuk menyyertai program ini....

Sebenarnya,rakan-rakan kita di SMKSB,tak ramai yang terlibat...5sc1 saja,hanya 7 orang yang terlibat....kita sama-sama doakan agar mereka berjaya menyertai program tersebut selama 3 bulan bermula 1 Januari 2012......

Buat rakan-rakan yang terlibat,selamat menjadi wira & wirawati PLKN.....semoga berjaya menjadi seorang yang lebih hebat selepas ini.....


wassalam.....

:face50::face75:

Isnin, 26 Disember 2011

Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !



Alhamdulilah,pada 22/10/11,Khamis,keputusan PMR 2011 keluar....Tahniah kepada semua yang berjaya...

DAN...

Alhamdulilah,SMK Sultanah Bahiyah berjaya meningkatkan lagi prestasi PMR tahun ni...seramai 91 orang pelajar berjaya memperoleh straight A's (9A,8A & 7A)...Wow,mengatasi rekod kita thn 2009 lalu...

SMKSB juga berjaya menduduki tempat ke-4 untuk keputusan PMR 2011 di blkg SAINA,ASMA,& KSAH...(tak pasti sama ada peringkat negeri Kedah ataupun peringkat PPD Kota Setar)

Sekolah kita juga berjaya menjadi sekolah terbaik PMR 2011 untuk kategori sekolah harian bandar peringkat Kedah...

Sekali lagi,sekalung tahniah & Syabas buat semua warga Bahiyah yang bertungkus-lumus selama ini...

Terima kasih juga buat cikgu2 yg tak pernah dapat rehat yg cukup sepanjang persediaan untuk PMR thn ni...apa2 pun,penat lelah cikgu2 semua berbaloi apabila melihat anak didik cikgu2 berjaya dengan jayanya...

Harap2,SPM 2011 juga dapat mencatat sejarah yang baru untuk SMKSB,Insyaallah....

Wassalam....

SMK Sultanah Bahiyah : Centre Of Excellence

p/s: PK 1 merangkap Cikgu sejarah kita waktu 2k1 2008 telah berpindah ke SMK Simpang Kuala kerana dinaikkan pangkat sebagai Pengetua...Selamat bertugas,Cikgu Hashimah....

Selasa, 13 Disember 2011

Alhamdulilah....


Assalamualaikum....:face64:

Alhamdulilah,selesai sudah kita menjalani SPM 2011...:face64:
segala penat lelah selama ini akhirnya hilang...semoga selepas ini,keputusan yang HEBAT dapat kita nikmat,Insyaallah...biggrin

Selepas SPM,semua akan bawa haluan masing-masing....ada yang nak kerja,ambik lesen,belajar memasak dan sebagainya...buatlah apa saja yang kita nak buat,asalkan ianya Halal & bermanfaat untuk kita semua..:face39:..

moga-moga,lepas ni kita tak akan pernah terputus hubungan kita nak...kita boleh contact dgn lebih mudah sebab adanya blog ni,Facebook,Twitter&telefon...biggrin

:face75:

Apapun,kita selepas ini mestilah rajin-rajin berdoa kepada Allah S.W.T semoga dipermudahkan olehNya urusan penyemakan kertas soalan kita oleh guru-guru pemeriksa yang kita pun tak tahu dari mana lagi....

:face64:
Wassalam:face39:

:face64:biggrin

Khamis, 29 September 2011

Isnin, 29 Ogos 2011

Salam Aidilfitri & Salam Kemerdekaan ke-54


Assalamualaikum...
Alhamdulilah,trial SPM 2011 Negeri Kedah baru saja habis....
biasalah,exam ada yang susah,ada yang ok....
Dan bila Trial habis,ini bermakna Ramadhan dah nak tiba penghujungnya.....rasa singkat sangat Ramadhan tahun ni..maklumlah sibuk exam......
kebetulan pulak Ramadhan tahun ni jatu bulan Ogos,bulan Kemerdekaan Malaysia.....Raya dijangka 30 Ogos,Merdeka pula 31 Ogos..maknanya kita akan sambut 2 hari yang istimewa....

Jadi,di kesempatan ini,saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H

dan

SALAM KEMERDEKAAN KE-54 "1MALAYSIA:TRANSFORMASI BERJAYA,RAKYAT SEJAHTERA "

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan 1432H & Salam trial SPM


Assalamualaikum...
Alhamdulilah,thn ni kita diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu sekali lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia dan penuh keberkatan ini....

Selamat Berpuasa semua
biggrin

Manfaatkanlah sebaik mungkin Ramadhan kita pada thn ni....Bukannya apa,kita tak pasti lagi sama ada kita boleh berjumpa Ramadhan tahun depan...Ramadhan tahun ni pun kita tak tahu lagi perjalanan kita kan ???

DAN

Ramadhan tahun ni amat special bg kita,calon2 SPM 2011.....14 Ogos nanti bersamaan 14 Ramadhan,kita akan menghadapi peperiksaan kedua terbesar iaitu,peperiksaan percubaan SPM 2011 peringkat Negeri Kedah..Trial SPM pun sama penting dengan SPM juga...

Jadi,dengan berbaki tak sampai 13 hari ni,buatlah revision sebaik mungkin..

DAN

jangan lupa perbanyakkanlah amal ibadat kita kepada Allah SWT sama ada ibadat wajib mahupun sunat...Ambilah kesempatan dalam bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini untuk mencipta kejayaan Baru DUnia & Akhirat...Insyaallah,Allah akan memberikan kejayaan kepada kita sama ada kejayaan di dunia mahupun di akhirat..

Akhir Kata,

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H & SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2011...

jumpa lagi sebelum raya/merdeka :)
selamat berbuka puasa
selamat berterawih
selamat bersahur
selamat berqiyamullail
selamat bertilawah
selamat membuat ulangkaji ....


biggrinconfusedcoolcryeekrazzrolleyessurprisedwink

Selasa, 5 Julai 2011

HAC SMKSB 2011



Assalamualaikum....

Alhamdulilah,hari ni Selasa,5 Julai 2011,SMK Sultanah Bahiyah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2011 dengan jayanya...Keseluruhannya,semuanya berjalan dengan rapi...

Bermula dengan bacaan Yassin oleh Ustaz Yusof Salleh pagi tadi bagi menambahkan lagi keberkatan daripada Allah SWT,HAC SMKSB sekali lagi sudi dihadiri oleh Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah serta dif-dif kehormat...Merafak Sembah Menjunjung Kasih Tuanku Berdua..
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis pada hari ini....Tahniah juga kepada semua penerima hadiah tahun ini....Seseungguhnya,anda merupakan pelajar bertuah kerana berpeluang menerima hadiah daripada Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah...

Persembahan pun nyata mantap dan berjalan lancar...Tahniah kepada semua sekali lagi...

Kalau sebelum ni,Pelajar cemerlang PMR & SPM dapat wang sagu hati tajaan Yayasan Sultanah Bahiyah....tapi Alhamdulilah,tahun ni semua penerima hadiah dapat duit....
Terima kasih YSB,Koperasi SMKSB,PIBG SMSKB & Persatuan bekas pelajar SMKSB yang sudi memberikan sedikit sagu hati kepada kami semua....

Moga-moga,tahun depan,HAC SMKSB lebih meriah dan diserikan lagi dengan keberangkatan Tuanku Berdua,Insyaallah...

Wassalam,
SMKSB 2011

Ahad, 3 Julai 2011

Melawat Cikgu Ariyaty @ KMC



:face47:

Assalamualaikum.... Bulan Julai ni,SMKSB amat sibuk....bermula dgn sambutan Israk Mikraj minggu lepas (28 Jun),Minggu ni Hari Anugerah Cemerlang 5 Julai dan Hari Sukan tengah bulan Julai ni...Sibuk betul...

Lepas tu,disusuli pula dgn trial PMR & SPM.....uishhh...

Tapi,hari Selasa Hari itu,hari yg sama dengan sambutan Israk Mikraj,beberapa detik sebelum Ustaz Mahathir Ahmad datang menyampaikan ceramah beliau,SMKSB dikejutkan dengan kemalangan yang amat tidak berbau.....Guru cemerlang BM SMKSB,Pn Ariyaty terjatuh di hadapan library yg ada bendul tu...Bendul tu memang ramai yang dah jadi mangsa...Memang kalut waktu tu.....Depa kata,Cg.Ariyaty tak sedarkan diri....Serius kondisinya..... Beliau telah dihantar ke KMC bagi menjalani pembedahan menampal simen ke dalam kakinya yang PATAH !!!

Alhamdulilah,hari Khamis hari tu,2 hari lepas kejadian,5 sains 1 berpakat nak pi tengok cikgu....Kami pi lepas habis kelas juara pkl 3.30 ptg tu..kira pi konvoi,tumpang-menumpang la....
Buah tangan kami sebakul buah-buahan..ok la dengan bajet kami....Dengar kata cikgu kena rehat hampir sebulan....ishh....lama nya..........

Apa-apa pun,kita doakan semoga Cikgu Ariyaty kita ni cepat sembuh....Insyaallah,Amin...

*Bila cikgu ada,kita harapkan dia tak dak,
Tapi bila cikgu takdak,kita harapkan dia ada...maklumlah masing2 rindu & sayang dia....

Wassalam....
:face60::face59::face61::face63::face72::face73::face41::face32::face31::face37::face29::face47::face62::face53::113::114::128::103::102::101::w::a3::u::a2: