Rabu, 29 Disember 2010

Piala Suzuki AFF 2010.....MALAYSIA VS INDONESIA






Assalamualaikum....
salam 1Malaysia

kurang 24 jam lagi,perlawanan Akhir kali kedua antara Malaysia- Indonesia bakal berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta,Indonesia....
Harap2 Malaysia berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010 setelah sekian lama menanti...
Kalau ikutkan,Malaysia dah sebelah tangan pegang piala tu,cuma tunggu aksi kedua malam ni....
26 DISEMBER 2010,STADIUM PUTRA BUKIT JALIL,KUALA LUMPUR,MALAYSIA-Malaysia telah mencipta kejutan dengan berjaya merembat 3 gol menembusi gawang Indonesia yang kononnya hanya 2 kali berjaya ditembusi sepanjang Piala Suzuki AFF 2010 berlangsung...Tahniah diucapkan buat semua permain Malaysia yang bertungkus lumus memastikan Malaysia terus konsisten di hadapan...

Tahniah juga buat NorShahrul Idlan Talaha(pengantin baru yg melangsungkan perkahwinan sehari sebelum perlawanan akhir di SBJ diadakan),Safee Sali(hero Malaysia kerana menjaringkan 2 gol dengan dibantu Norshahrul) dan seorang lagi pemain yang berjaya menjaringkan 1 gol iaitu Mohamed Ashari,pemain gantian separuh masa kedua.

Tahniah juga kpd Khairul Fahmi Che Mat (Apek @ Ultraman Taro-nama timang-timangan yg diberikan oleh penghuni di sebuah rumah di alor Setar)kerana berjaya menjaga gol dengan begitu baik...walaupun di awal masa kedua,pemain Indonesia,Christian Gonzales hampir merembat gol ke gawang Malaysia...mujurlah ianya offside....

Apa-apapun,tahniah juga kepada semua pemain lain seperti Safiq Rahim (Kapten),S.Kunalan,Amirulhadi Zainal,Mahali dan lain2 lagi yg bermain amat konsisten tanpa bantuan PANCARAN LASER yg kononnya menjadi punca kemenangan Malaysia...
Sebenarnya,pancaran Laser juga pernah terjadi apabila Malaysia kalah kpd Indonesia 5-1 di Stadium GBK,namun tidaklah dibesar-besarkan...

Tidak lupa buat coach negara,K.Rajagobal.tanpa beliau,skuad negara tidak mampu melangkah sejauh ini.....beliau harus dipuji kerana beliau sentiasa yakin & tenang walau menerima tekanan yg melampau terutamanya di Jakarta...TAHNIAH COACH !!!!
Tahniah buat semua yg terlibat dalam misi pemburuan Piala AFF kali ni...
Tahniah juga buat Pengurus Pasukan Negara & Pembantu Jurulatih negara...

Diharapkan Malaysia mampu mengaum dengan lebih mantap malam ni tanpa menghiraukan penyokong2 Indonesia yg terlalu fanatik dan sering meruntuhkan moral pemain kita..

kepada rakyat malaysia di Indonesia,turunlah malam ni memberikan sokongan kpd Harimau Malaya...

HARIMAU MALAYA KEMBALI MENGAUM MENENTANG GARUDA,pasti lebih ganas & berbisa di GBK......
MALAYSIA BOLEH........!!!!!

Tiada ulasan: